Skip to content

#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

“ANUGERAH TERBESAR DARIPADA ALLAH” – MK K-CLIQUE KINI BERGELAR BAPA

Kongsikan artikel ini

Lebih setahun mendirikan rumah tangga, kehidupan MK K-Clique dan isteri, Siti Hajar diserikan dengan kehadiran cahaya mata pertama.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin berkongsi khabar gembira bersama peminat menerusi satu hantaran di Instagram. Dalam perkongsian sama, dia turut meluahkan keterujaan dan kesyukuran dengan kurniaan yang diberi.

“Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos isteri saya selamat melahirkan seorang puteri, anugerah terbesar daripada Allah,” tulisnya.

MK K-Clique Kini Bergelar bapa

Foto: Instagram

Pengumuman itu disertakan dengan klip video daripada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada tahun lalu.

Dalam perkongsian di Instagram Story pada 5 Ogos, penyanyi itu memaklumkan bahawa isteri dan anaknya telah pun dibenarkan pulang ke rumah.

MK K-Clique Umum Kehamilan Isteri

Agak lama peminat berteka-teki tentang status kehamilan Hajar yang fizikalnya dilihat seperti berbadan dua. Persoalan itu terjawab apabila MK memuat naik satu video sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada hujung Julai lalu.

Dalam hantaran yang menampilkan cover lagu Oke nyanyian asal K3BI itu, dia berkongsi perjalanan kerjaya seninya dan wajah insan-insan penting dalam hidupnya termasuk keluarga.

Istimewanya, MK turut berkongsi klip menampakkan sosok isterinya yang sedang sarat hamil pada penghujung video. Walaupun tidak mengumumkan kehamilan secara rasmi, tindakannya mencium perut Hajar mengesahkan berita gembira itu.

MK K-Clique

Foto: Ohbulan!

Di ruangan kapsyen, dia mencoret doa memohon anak soleh solehah diikuti dengan zikir puji-pujian terhadap yang Maha Esa atas kurniaan yang diberikan kepadanya.

“Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah untuk semua nikmat-Mu ya Allah. Endlessly blessed, forever grateful,” tulisnya.

MK dan Hajaar disatukan sebagai suami isteri pada 16 Jun 2023 di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang. Selangor. Pada majlis itu, MK memberikan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan.

 

Foto: Arkin Glam Lelaki

Pautan berkaitan: PUTERA MAHKOTA HUSSEIN PERKENAL PUTERI SULUNG KEPADA DUNIA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MK K-CLIQUE TERUJA MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG

MK K-CLIQUE TERUJA MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG

Bacaan Lanjut
#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

MK K-CLIQUE BAKAL MENDIRIKAN RUMAH TANGGA JUMAAT INI?

Bacaan Lanjut

DEFINISI BEDAK ASAS BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

Bacaan Lanjut
MK K-CLIQUE TERUJA MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG

SUMBANG RM50,000 KEPADA GELANDANGAN, MK K-CLIQUE PERJELAS SALAH FAHAM

Bacaan Lanjut
MK K-CLIQUE DEDAH SIMBOLIK NAMA JENAMA SENDIRI, THREE O’ TWO

MK K-CLIQUE DEDAH SIMBOLIK NAMA JENAMA SENDIRI, THREE O’ TWO

Bacaan Lanjut