ARIF ASHRAF, INSPIRASI GAYA GENERASI KINI
GLAM LELAKI TERTARIK DENGAN CONTENT FESYEN YANG SERING DIKONGSI OLEH ARIF ASHRAF MELALUI AKAUN MEDIA SOSIALNYA, @_itsmeashraf.
BOLEH KONGSIKAN SEDIKIT TENTANG PERJALANAN ANDA DALAM DUNIA PENCIPTAAN KANDUNGAN? APA YANG MENGINSPIRASIKAN ANDA UNTUK MULA?
Saya memang minat fesyen sejak dulu lagi, tapi pada masa itu saya dalam fasa bulking, jadi agak sukar untuk saya ekspresikan diri melalui gaya. Akhirnya, saya buat keputusan untuk turunkan berat badan dan bentuk badan, dan dari situlah saya mula bereksperimen dengan fesyen retro. Saya hasilkan video GRWM (Get Ready With Me) pertama saya di TikTok tanpa mengharapkan apa-apa, tapi secara mengejutkan, ia menarik perhatian ramai. Itu yang memberi saya semangat untuk teruskan, dan sejak itu saya konsisten mencipta kandungan. Saya juga sangat seronok mencuba perkara baru dari segi kreativiti.
BAGAIMANA ANDA MENGGAMBARKAN GAYA PERIBADI ANDA? ADAKAH IA BERUBAH DARI MASA KE MASA?
Saya boleh katakan gaya saya adalah kemas, bergaya, dan mementingkan keselesaan. Saya suka tampil segak dan terurus setiap kali keluar rumah. Gaya saya sememangnya telah berubah—ia sering bergantung pada mood dan juga cuaca, terutamanya di Malaysia.
ANDA CENDERUNG KEPADA GAYA STREETWEAR DAN KADANGKALA BERANI. BAGAIMANA ANDA KEKAL MENGIKUTI PERKEMBANGAN GAYA TERKINI?
Saya kekal mengikuti trend dengan meneroka fesyen global di Instagram dan TikTok. Saya banyak mendapat inspirasi daripada negara-negara seperti Jepun, Vietnam, Sepanyol, dan England. Sentiasa ada idea yang segar dan kreatif dari tempat-tempat tersebut.
ADAKAH TERDAPAT TREND ATAU AKSESORI FESYEN TERTENTU YANG ANDA SEDANG MINATI SEKARANG?
Buat masa ini, saya memang tertarik dengan jenama seperti Acne Studios, Eme Studio, Scuffer, Chrome Hearts, Angle Boy, dan Cole Buxton. Estetika mereka memang sangat kena dengan citarasa saya.
BOLEH KONGSIKAN TENTANG PROJEK PALING BERMAKNA YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Salah satu pengalaman paling bermakna bagi saya ialah penggambaran video kempen di luar negara untuk Kempen Ogos Denim Cotton On Asia. Ia merupakan projek yang sangat penting dan satu pencapaian yang saya banggakan.
APAKAH NASIHAT YANG ANDA INGIN BERIKAN KEPADA MEREKA YANG INGIN MENCEBURI DUNIA PENCIPTAAN KANDUNGAN?
Nasihat paling utama daripada saya ialah—buat saja apa yang anda minat. Jangan biarkan pandangan orang lain menghalang anda. Akan sentiasa ada orang yang berkata sesuatu, tapi jangan biarkan itu menghentikan langkah anda. Jangan rasa kurang yakin dengan gaya anda. Miliki dan tonjolkannya dengan penuh keyakinan.
APAKAH PROJEK TERBARU ANDA?
Buat masa ini, saya sedang bekerjasama dalam satu projek yang menarik bersama Cotton On.
SIAPAKAH JENAMA ATAU INDIVIDU IMPIAN ANDA UNTUK BEKERJASAMA?
Saya teringin untuk bekerjasama dengan jenama tempatan terlebih dahulu, sebagai sokongan dan untuk membantu perkembangan industri di sini. Dari situ, saya berharap dapat bekerjasama dengan jenama antarabangsa suatu hari nanti.
APA YANG ANDA INGIN CAPAI SEBELUM BERUMUT 35 TAHUN?
Sebelum saya mencecah usia 35 tahun, saya berazam untuk melancarkan produk jenama saya sendiri dan membina sebuah jenama yang mencerminkan identiti serta minat saya.
Artikel berkaitan: JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Pengaruh luar biasa Lucidrari dalam membentuk identiti generasi kini melalui fesyen dan muzik. Legend "in the making".











