AWAL ASHAARI IS BACK ON THE COVER OF GLAM LELAKI!
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Dandanan: JUNO KO Grooming: KHIR KHALID, Gambar: CHEE WEI, Teks & temu bual: RAZIN MOHD
Dua dekad mengukir langkah sebagai pengacara, pelakon dan personaliti media, dia kekal relevan dalam industri. Namun di sebalik persona glamornya, tersimpan sisi lain — seorang suami, bapa, dan kini seorang usahawan yang gigih membina tapak baharu di luar radar dunia selebriti.
Awal Ashaari berdiri sebagai figura lelaki moden yang matang, namun tetap membumi. Dalam temu bual eksklusif bersama GLAM Lelaki edisi Jun ini, Awal berkongsi sisi peribadi — tentang didikan anak-anak, ketegasan sebagai bapa, cabaran era digital, serta transformasi dirinya sebagai usahawan dalam dunia pasca-hiburan.
Penggal tahun pertama sudah berlalu. Apa misi yang kamu rasa telah berjaya dicapai sepanjang tahun ini?
Saya sebenarnya sedang berada dalam fasa transisi, cuba menjinakkan diri untuk meneroka bidang di luar dunia hiburan. Pada hujung tahun lepas, saya mula menubuhkan sebuah agensi media bernama Society Lab, yang memfokuskan kepada penganjuran acara, perhubungan awam (PR), dan kerjasama bersama rakan-rakan influencer, setakat ini saya rasa misi tersebut telah membuahkan hasil, dan Society Lab kini menjadi kerjaya baharu saya yang berjalan seiring dengan kerjaya saya dalam bidang hiburan.
Sudah dua dekad kamu berada dalam dunia hiburan. Apakah perkara yang masih kekal dalam ingatan?
Banyak, tetapi antara yang paling melekat dalam ingatan saya adalah ketika menyertai Akademi Fantasia, Malaysian Idol, dan One in a Million. Momen-momen ini benar menjadi titik tolak perjalanan saya dalam industri hiburan. Apabila saya imbas kembali hari ini, saya rasa ia adalah pengalaman yang sangat berbaloi penuh dengan pengajaran, cabaran, dan pembentukan diri. Ia menjadikan saya lebih kuat dan kental untuk terus bertahan dalam industri. Saya bersyukur kerana pernah melalui semua itu dan tidak pernah menyesal mengharunginya.
Siapakah figura ‘lelaki’ yang menjadi inspirasi dalam hidup kamu, dan mengapa?
Ayah saya. Dia seorang yang sangat tenang, seolah-olah tiada apa-apa masalah walaupun dahulunya pernah berkhidmat sebagai anggota tentera. Cara dia menghadapi hidup sangat bersahaja. He takes things easy dan sentiasa kelihatan relaks, berbeza dengan ibu saya yang sedikit risau orangnya dalam banyak perkara (katanya sambil tertawa). Tapi itu tidak bermakna ayah mengabaikan tanggungjawabnya. Sebaliknya, dia tetap menjalankan peranan sebagai seorang bapa dengan penuh dedikasi, cuma gayanya lebih tenang dan tidak mudah panik.

Blazer jaket, BALMAIN, Di jari tangan kiri, cincin CHOPARD Ice Cube 100% emas beretika, di jari tangan kanan, cincin CHOPARD Ice Cube 100% emas beretika, rantai, CHOPARD Ice Cube 100% emas beretika.
Bagaimanakah cara untuk memiliki minda yang positif dan sentiasa berasa terinspirasi bagi seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an?
Bersikap positif bukan sesuatu yang mudah bagi saya, kerana saya sering memikirkan kemungkinan terburuk the worst-case scenario. Saya lebih cenderung untuk melihat akibat terlebih dahulu sebelum bertindak. Tapi kini saya mula ubah cara berfikir. Saya tanya pada diri sendiri: What if it works? Pendekatan ini membantu saya berfikir lebih terbuka dan optimis. Minda positif boleh dibentuk, yang penting, kita sedar dan usaha ke arah itu.
Apakah perkara paling ‘misunderstood’ tentang kamu yang ramai tidak tahu?
Ramai sangka hidup selebriti ini serba mudah, ada orang uruskan semuanya. Tapi saya sebenarnya sangat berdikari. Saya pandu sendiri, urus barang sendiri, dan jarang bergantung pada orang lain. Hakikatnya, saya juga hadapi cabaran harian seperti orang lain, bukan semua datang bergolek.

Top, ONITSUKA TIGER, jam, CHOPARD Alpine Eagle 41mm lucent steel, gelang kulit CHOPARD Mille Miglia, gelang CHOPARD Ice Cube emas putih beretika, cincin, CHOPARD Ice Cube emas beretika & rantai loket, CHOPARD Ice Cube.
Apakah satu item dalam almari pakaian kamu yang mempunyai nilai sentimental, dan mengapa?
Saya masih menyimpan sepasang butang baju Melayu yang saya pakai ketika majlis akad nikah. Hingga hari ini, saya masih menggayakannya setiap kali Hari Raya atau majlis istimewa. Setiap kali memandang butang itu, saya pasti terkenang kembali detik bermakna 13 tahun lalu ketika saya menikahi isteri saya, Scha Alyahya. Nilainya bukan pada harga, tapi pada kenangan yang dibawanya.
Bagaimana kamu mengekalkan keseimbangan antara privasi dan keterbukaan?
Saya dan Scha percaya pada keseimbangan. Ada perkara yang boleh dikongsi untuk kekal relevan di media sosial, tapi ada juga hal yang kami simpan sebagai rahsia rumah tangga. Bila terlalu terbuka, kita hilang eksklusiviti dan mudah dinilai. Jadi, batas itu penting untuk lindungi kehidupan peribadi kami.
Apabila tidak bekerja, bagaimana cara Awal meluangkan masa untuk diri sendiri?
‘Me time’ saya selalunya diisi dengan bertukang. Bila berada di rumah keluarga, saya suka perhatikan perkara-perkara kecil yang perlukan penyelenggaraan contohnya lampu yang tidak menyala atau pintu yang sukar ditutup. Bila saya berjaya selesaikan masalah-masalah kecil macam ini, saya rasa puas dan tenang. Ia jadi satu terapi untuk saya.

di jari kanan, cincin, CHOPARD Ice Cube emas beretika, gelang kulit CHOPARD Mille Miglia, jam, CHOPARD L.U.C Quattro & Ear cuff, CHOPARD. Sut & kemeja, MSGM.
Apakah cabaran terbesar sebagai seorang selebriti dan bapa dalam dunia serba digital sekarang?
Cabaran utama sekarang ialah kawalan terhadap dunia digital. Saya dan Scha tetapkan had penggunaan gajet untuk anak-anak, terutamanya semasa hari sekolah. Kami juga sentiasa pantau aplikasi, mesej dan sejarah pelayaran mereka. Bagi kami, pendedahan itu perlu, tapi dengan batas dan bimbingan.
Apa pendapat kamu apabila digelar “Daddy Cool”?
Sebenarnya, saya bukanlah “Daddy Cool” seperti yang orang sangkakan, saya lebih kepada “Daddy Kanchong” (katanya sambil ketawa). Saya mudah risau, terutamanya bila anak-anak keluar bersama kawan-kawan. Saya akan pastikan ke mana mereka pergi, dengan siapa, dan saya juga akan hubungi ibu bapa kawan mereka untuk sahkan perkara itu.
Saya seorang ayah yang sangat ‘protective’. Tapi bagi saya, itu cara untuk beri mereka rasa selamat dan tahu bahawa saya sentiasa ada untuk mereka, walaupun kadang-kadang nampak sedikit overprotective.
Bagaimana rutin harian kamu bersama anak-anak, dan siapa yang lebih garang — Awal atau Scha?
Disiplin lebih ketat dipegang oleh Scha. Dia fokus pada apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh anak-anak. Saya pula lebih bersikap playful, selalu bermain, buat lawak, dan berkejar-kejaran dengan mereka di rumah. Dalam keluarga kami, perlu ada “polis baik” dan “polis jahat”, dan saya biasanya ambil peranan sebagai “polis baik” itu.

di jari kanan, cincin, CHOPARD Ice Cube emas beretika & rantai, CHOPARD Ice Cube emas beretika. Kemeja kulit, ALL SAINTS.

di jari kiri, cincin CHOPARD Ice Cube emas beretika, ear cuff, CHOPARD & rantai, CHOPARD Ice Cube emas beretika. Baju panas & seluar, HERMES.

Cincin, CHOPARD Ice Cube emas beretika & rantai CHOPARD Ice Cube.
Dalam dunia serba pantas hari ini, bagaimana kamu memastikan anak-anak membesar dengan jiwa yang membumi?
Lara memang dikenali di sekolah sebab dia anak selebriti, dan kadang-kadang dia rasa bangga. Tapi saya selalu ingatkan selebriti itu mama dan papa, bukan dia. Dia tetap kanak-kanak biasa yang perlu belajar, hormat orang lain, dan jangan rasa diri lebih dari orang lain. Itu asas untuk mereka kekal membumi.
Terakhir, Jika Awal diberi peluang untuk bercakap dengan diri sendiri dua puluh tahun lalu, apakah nasihat yang akan kamu berikan?
Ini soalan yang saya selalu fikirkan. Kalau saya boleh kembali ke usia dua puluh tahun, saya akan pesan supaya jangan buang masa. Masa bergerak sangat pantas, jangan berlengah, kurangkan overthinking yang akhirnya buat kita tak jadi buat apa-apa. Fokus dan buat saja. Setiap detik itu sangat berharga, jadi gunakan sebaik mungkin.
Artikel berkaitan: GLENN YONG, “DUNIA FESYEN MEMBUKA MINDA SAYA KEPADA BEGITU BANYAK PERKARA KREATIF DAN PENGALAMAN INDAH.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.
9 SELEBRITI POPULAR LAHIR PADA BULAN MERDEKA
Siapakah bintang tanah air yang bertuah dilahirkan pada bulan kemerdekaan? Glam Lelaki senaraikan buat tatapan anda.
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
ADA APA DENGAN ALPHAMEN? DEBARAN MENANTI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen menjadi kemuncak dalam litar sosial dan dinanti-nantikan serta diperkatakan oleh golongan elit tempatan setiap tahun. Siapakah Alphamen tahun 2023?
9 SELEBRITI YANG DILAHIRKAN PADA BULAN KEMERDEKAAN
Mungkin ada antara peminat yang tidak tahu bahawa artis popular tempatan ini dilahirkan pada bulan istimewa Ogos!
AKTIF BERLAKON DAN MENGACARA, INI SISI BERGAYA AIMAN WYNNE
Aiman Wynne yang merupakan jejaka kacukan UK-Malaysia ini tetap mempunyai sisi bergaya tersendiri walaupun gemar tampil santai dan ringkas.