Skip to content

BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

Kongsikan artikel ini

Kala Jennifer Lopez meniup lilin kek hari jadi tanpa suami di sisi, Ben Affleck turut meraikannya dengan cara tersendiri: Membeli rumah agam untuk didiaminya sendiri.

Menurut laporan TMZ, aktor berusia 52 tahun itu menerima kunci kediaman barunya pada tarikh ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-55 iaitu 24 Julai.

Hartanah yang dibeli pada harga RM92 juta itu terletak di Los Angeles, California. Ia dikatakan berhampiran dengan rumah bekas isterinya Jennifer Garner.

Foto: Anthony Barcelo

Jennifer turut membuat keputusan besar tentang kediamannya pada tarikh sama. Dia dilaporkan memuktamadkan penjualan kondo miliknya di New York City. Dupleks dengan empat kamar tidur dan 7.5 bilik air itu berjaya dijual pada harga RM103 juta selepas bertahun-tahun berada di pasaran hartanah.

Ben Affleck & Jennifer Lopez Bakal Bercerai

Bapa kepada tiga cahaya mata itu membeli kediaman Pacific Palisades yang menawarkan lima bilik tidur, enam bilik air, bilik media termasuk rumah tetamu sebagai langkah untuk menghadapi perceraian. Rumah tangga mereka dilaporkan tidak dapat diselamatkan lagi.

Hanya satu perkara yang masih mengikat mereka berdua – rumah agam pasangan itu yang bernilai RM309 juta. Ia masih berada di pasaran hartanah dan pasangan itu dilaporkan tidak sabar mahu menjual serta melangsaikan segala urusan kewangan antara mereka.

“Ben sudah pun berpindah dan mereka kini sedang dalam proses menjual rumah impian yang mereka cari bersama selama dua tahun.”

“Mereka tidak pernah berhenti mencintai satu sama lain tetapi Jennifer tidak mampu mengawal suaminya, dan Ben pula tidak mampu mengubah isterinya. Mustahil perkahwinan mereka akan bertahan,” tambah sumber.

Foto: Mirror

Menurut laporan Daily Mail, Bennifer sudah pun menandatangani dokumen perceraian pada bulan lalu. Kini mereka hanya menunggu masa yang tepat untuk mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum.

Pasangan ini mula menjalin hubungan pada tahun 2000-an. Hanya beberapa hari sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 2003, mereka memutuskan untuk membatalkan perkahwinan. Ben dan Jennifer mengumumkan perpisahan mereka pada Januari 2004.

Selepas hampir dua dekad, kedua-duanya kembali menjalin hubungan seterusnya mengikat tali perkahwinan di Las Vegas pada 16 Julai 2022.

Jennifer Lopez Ben Affleck

Foto: OnTheJLo & John Russo

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: BEN AFFLECK UKIR MESEJ SENTIMENTAL PADA CINCIN TUNANG JENNIFER LOPEZ

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

Bacaan Lanjut
7 JELITAWAN YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI BEN AFFLECK 

7 JELITAWAN YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI BEN AFFLECK 

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

Bacaan Lanjut
JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

Bacaan Lanjut