Skip to content

BEBAS CARA DE FAM

Kongsikan artikel ini

Februari lalu, dunia dikejutkan dengan kemunculan semula The Pussycat Dolls yang hadir dengan persembahan, single dan muzik video baru. Bulan ini, Spice Girls pula akan mengeluarkan semula album Spiceworld dalam versi vinil. Tak lupa juga bisikan khabar angin yang mengatakan kumpulan Girls’ Generation bakal membuat comeback tahun ini. Sama ada kebetulan atau tidak, peminat-peminat muzik tergerak untuk bertanya: Are girl groups having a moment again?

Mungkin. Yang pasti, di persada seni lokal, De Fam is having their moment. Setelah dua tahun menyepi tanpa lagu baru, kumpulan vokal wanita ini kembali menghangatkan corong radio dengan single terbaru mereka, Panas yang telah pun diperdengarkan kepada umum sejak September 2019. Masih setia dengan mesej memperkasakan wanita sebagaimana yang disampaikan terlebih dahulu dalam single pertama mereka #Supergirls, Panas menampakkan sisi De Fam yang kini semakin matang mengemudi perjalanan seni mereka.

“Bila orang dengar lirik lagu Panas — ‘Tangan bebas…badan aku bebas…’ — mungkin akan ada yang memikirkan perkara yang tak senonoh,” kata Azira Shafinaz. “Tapi Panas sebenarnya menyentuh hal kebebasan. Individual freedom. Mengambil contoh De Fam sendiri, setelah menggagahi pelbagai jatuh bangun dalam empat tahun ni, inilah masanya untuk kami kecapi kebebasan untuk bergerak dan lakukan apa yang kami nak buat.”

Cik Manggis menyambung, “Kadangkala dalam kehidupan ni, dengan komitmen yang kian menggunung, kita terasa stuck. Jadi Panas adalah satu pesanan untuk let go, to set yourself free. Bebas.”

“Malah, asalnya kami ingat nak letakkan tajuk lagu ni sebagai Freedom,” tambah Azira lagi, “tapi macam tak kena.”

It’s also about us three girls dari zaman awal masuk industri seni dulu dan kini sudah membesar and now we are more grown, more ‘woman’,” jelas Sophia Liana pula. “Rap yang saya tulis untuk lagu ini pun adalah satu dedikasi kepada saya, Azira dan Manggis. Satu cara untuk menggambarkan kami kini lebih kuat dan lebih matang tapi pada masa yang sama lebih relaks, lebih chilled. ‘Semakin panas panas’ tu, boleh dikatakan kami ‘hotter than hot’-lah berbanding kami yang dulu, haha.”

Secara rasminya, langkah pertama De Fam muncul sebagai kumpulan vokal wanita yang baru bermula pada pertengahan tahun 2015 dengan lagu #Supergirls. Dan mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa sebelum De Fam lagi, Sophia, Azira dan Manggis sebenarnya memulakan kerjaya mereka sebagai penari, bukan penyanyi. Namun di manakah titik pertemuan mereka sebelum itu? Apakah permulaan Sophia, Azira dan Manggis?

TEKS ASAL: ABDUL AZIZ DRAIM

Untuk bacaan penuh, dapatkan GLAM Lelaki edisi Mac 2020 yang kini sudah berada di pasaran. 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut