BEN AFFLECK AKUI TERIMA WATAK BATMAN DEMI ANAK
Baru-baru ini Ben Affleck membuat pendedahan bahawa dia menerima watak sebagai adi wira di layar skrin adalah untuk membuatkan anak-anaknya kagum.
Affleck memberitahu podcast Awards Chatter The Hollywood Report, dia hanya ingin memenangi hati anak-anaknya ketika bersetuju untuk membintangi Batman v. Superman: Dawn of Justice pada 2016.
Dia memiliki tiga cahaya mata iaitu Violet Anne, Seraphina Rose Elizabeth dan Samuel Garner hasil perkahwinannya dengan Jennifer Garner. Walau bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 2018 setelah tiga tahun tinggal secara berasingan.
“Saya menerima watak Batman semata-mata kerana anak-anak. Saya mahu lakukan sesuatu yang boleh menanam minat pada diri anak lelaki saya. Maksud saya, anak-anak saya tidak pernah melihat Argo,” jelasnya, merujuk kepada filem lakonan dan arahannya pada 2012, yang memenangi Best Picture di Oscar.
“Saya sarungkan sut Batman di parti ulang tahun kelahiran anak lelaki saya, dan setiap saat saya menderita di Justice League berbaloi,” tambahnya.
Menjelaskan tentang “penderitaan” sewaktu terlibat dengan sekuel 2017, Affleck mengimbas kembali momen ketika dia mula mengambil alkohol secara berlebihan dan saat sukar kala dia berhadapan dengan masalah tersebut.
“Kini saya tidak lagi ketagihan alkohol, dan saya rasa lebih baik serta sihat. Dan proses pemulihan daripada ketagihan ini sangat instruktif. Saya rasa mereka yang tidak ketagih alkohol adalah hebat. Contoh, ‘Bersikap jujur. Mempunyai integriti. Bertanggungjawab. Membantu orang lain.’ Ini perkara baik yang mereka ajarkan kepada saya. Saya ambil masa yang agak lama untuk memahaminya – saya pernah buat kesilapan seperti orang lain – tapi kini saya berasa lebih baik,” katanya.

Foto: Getty Images
Pelakon The Way Back ini meluahkan isi hatinya mengenai ketagihan, proses pemulihan dan rasa kesyukuran kerana mendapat sokongan daripada bekas isterinya, Gerner sepanjang tempoh ini.
“Saya rasa sangat bersyukur dan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadapnya. Perkahwinan kami tidak berjaya, dan itu sesuatu yang sukar. Kami berdua percaya, penting untuk anak-anak melihat ibu bapa mereka saling menghormati dan boleh bergaul dengan baik, walaupun setelah bercerai.”
Tambahnya, “Penting untuk anak-anak tahu bahawa saya menghormati dan mengambil berat tentang Jen, dan dia melayan saya dengan cara sama. Saya sangat berterima kasih kepadanya dan berharap hanya yang terbaik untuknya.”
Foto: Emma McIntyre/Getty Images
Pautan berkaitan: TOM HOLLAND HILANG BERAT BADAN 14KG UNTUK FILEM TERBARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI
Dalam lanskap industri hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang, nama Isa Khan muncul sebagai simbol bakat dan dedikasi.