BERKONGSI MESEJ MENYENTUH HATI, PEMINAT TITIP DOA BUAT FARID KAMIL
Netizen Meluahkan Rasa Simpati Terhadap Nasib Yang Menimpanya
Perkongsian tersebut mengundang rasa hiba di kalangan peminat yang tidak henti-henti menitipkan nasihat dan doa agar kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Sabar itu indah. Hadapi dugaan dengan senyuman. Insya-Allah ada kemanisan di sebalik kepahitan”, “Semoga Allah menyatukan hati dan jodoh mereka hingga ke syurga”, “Kejar dia jika sayang. Jangan sakiti dan burukkan dirinya. Jadi suami dan ayah yang mampu mendidik, Insya-Allah ada jalan,” coret beberapa netizen.
Seminggu lalu dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle setelah aktres Imaginur itu menfailkan permohonan cerai pada 10 Mac atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Foto: Instagram
Permohonan itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, bagaimanapun Farid Kamil enggan melafazkan cerai terhadap isterinya. Pasangan itu diperintahkan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan perlu menghadiri sebutan kedua yang ditetapkan pada hari ini.
Foto: Utusan/Instagram
Pautan berkaitan: FARID KAMIL TIDAK LAGI BERGELAR DATUK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











