BLACKPINK KEMBALI RANCAK: AKTIVITI SOLO JENNIE, LISA, ROSE, & JISOO
Ketahui info terkini tentang karya solo Jennie, Lisa, Rose & Jisoo menyambut ulang tahun kelapan BLACKPINK dalam industry hiburan ini.
Selepas meraikan ulang tahun kelapan mereka pada Ogos yang lalu dengan perjumpaan bersama peminat di Seoul, Korea Selatan. Kini, anggota BLACKPINK yang terdiri daripada Jennie, Lisa, Rose, dan Jisoo bersedia untuk meneruskan langkah solo mereka masing-masing. Setiap ahli daripada kumpulan ini, telah kembali dengan projek solo yang lebih hebat Jennie dengan labelnya OA (Odd Atelier), Lisa bersama syarikat LLOUD, Jisoo di bawah naungan agensi Blissoo, dan Rose menandatangani kontrak bersama Atlantic Records untuk aktivitinya di peringkat global.
Meskipun mereka tidak dijangka untuk akan kembali sebagai kumpulan penuh untuk membuat comeback dan memulakan jelajah dunia pada tahun 2025. Keempat-empat mereka sibuk dengan projek individu masing-masing. Jom kita lihat khabar terkini yang ditawarkan oleh keempat-empat ini dalam jangka masa ini.
BLACKPINK IN YOUR AREA? JENNIE, LISA, ROSE DAN JISOO MEMULAKAN LANGKAH MASING-MASING BERSAMA PROJEK SOLO MEREKA
#1 JENNIE

Foto: Jennie Debut Pertama Runaway di Jacqmeus
Pada bulan Jun yang lalu, Jennie sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam dunia fesyen apabila dia mencuri perhatian ramai dengan menutup pertunjukan Jacquemus yang ke-15 di Capri, Itali. Kemunculan mengejutnya menandakan debut di pentas peragaan dan menampilkan Jennie melangkah penuh anggun di atas pentas. Sebagai duta global Chanel yang ternama, Jennie terus mencipta namanya dengan gemilang dalam industri fesyen antarabangsa dengan koleksi kapsul yang direkanya untuk Calvin Klein pada tahun 2023.

Foto: Jennie Memperagakan rekaan Pieter Mulier untuk Alaïa
Jennie juga memukau di pentas Met Gala tahun ini dengan tampil anggun dalam gaun biru yang mempesonakan, hasil rekaan Pieter Mulier untuk Alaïa, yang menonjolkan gayanya yang elegan dan berkelas tinggi.

Foto: Single Terbaru Jennie, Mantra.
Pada 10 Oktober 2024, peminat setianya pasti akan teruja apabila dia akan melancarkan single terbarunya yang berjudul Mantra. Ini merupakan kemunculan solo pertamanya selepas pelancaran lagu istimewanya You & Me pada Oktober tahun lalu. Mantra dijangka akan membawa impak besar dalam dunia muzik, menandakan satu lagi pencapaian cemerlang dalam perjalanan karier solo Jennie yang semakin berkembang.
@jennierubyjane ❤️🌹🍒👠
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.
5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT
Kini K-Pop sudah menyerang dunia muzik, tetapi terdapat lagu-lagu K-Pop yang amat popular dan menjadi bukti populariti K-Pop sepanjang zaman.
RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025
Dalam dunia pop dan haute couture, fesyen BLACKPINK Deadline Tour menjadi bukti bagaimana gaya pentas boleh berubah menjadi momen ikonik.
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
MET GALA 2025: WANITA MENDOMINASI TEMA MASKULIN
Ketahui bagaimana wanita mendominasi pentas karpet merah Met Gala 2025 dengan gaya tailored penuh statement.











