Skip to content

“BOLEH KE?” - REMY ISHAK BERDEBAR MENANTI KEHADIRAN ANAK SULUNG

“BOLEH KE?” – REMY ISHAK BERDEBAR MENANTI KEHADIRAN ANAK SULUNG

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Hampir setahun berumah tangga, kehidupan Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Hadir ke majlis tayangan program raya Astro 2023 baru-baru ini, Remy meluahkan keseronokannya untuk bergelar bapa. Namun dalam masa sama, perasaan pelakon itu bercampur-baur kerana khuatir dengan persediaan dan didikan yang bakal diberikan kepada anaknya kelak.

“Saya berdebar nak bergelar bapa. Perasaan saya ketika ini bercampur-baur, wujud persoalan, ‘Boleh ke?’ Gembira, teruja dan wujud pelbagai persoalan sama ada kami mampu untuk menjadi ibu bapa terbaik. Bukan tidak yakin dengan diri sendiri tetapi lebih kepada bimbang untuk membesarkan anak pada zaman yang penuh cabaran seperti hari ini,” katanya kepada Kosmo.

remy ishak

Foto: Instagram

Akuinya, peredaran teknologi yang semakin pesat membuatkan dia bimbang jika gagal mendidik anak-anak dengan baik. “Zaman sekarang sudah berbeza dan pastinya, tahun akan berganti tahun. Itu antara yang merisaukan saya. Bagaimana mendidik seorang anak dalam dunia modenisasi ini,” menurut laporan Utusan.

Demi mempersiapkan diri, dia dan isteri mengambil inisiatif dengan memerhati dan meminta nasihat daripada orang sekeliling yang berpengalaman. “Memang mencabar sebab takut tersilap didik tapi doakan yang baik-baik untuk saya dan isteri.”

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 HERO MALAYA MASA KINI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
NABIL MAHIR & AYDA JEBAT MENANTI KEHADIRAN ANAK KEDUA

NABIL MAHIR & AYDA JEBAT MENANTI KEHADIRAN ANAK KEDUA

Bacaan Lanjut
DR SHEIKH MUSZAPHAR KINI BERGELAR BAPA KEPADA TUJUH CAHAYA MATA

DR SHEIKH MUSZAPHAR KINI BERGELAR BAPA KEPADA TUJUH CAHAYA MATA

Bacaan Lanjut
IAN SOMERHALDER & NIKKI REED SAMBUT KELAHIRAN PUTERA SULUNG

IAN SOMERHALDER & NIKKI REED SAMBUT KELAHIRAN PUTERA SULUNG

Bacaan Lanjut
MARC ANTHONY DIKURNIA ANAK KETUJUH PADA HARI BAPA

MARC ANTHONY DIKURNIA ANAK KETUJUH PADA HARI BAPA

Bacaan Lanjut