TAYLOR SWIFT BERI DUA PETUNJUK PERPISAHAN DENGAN JOE ALWYN DALAM KONSERT ERAS TOUR
Berita perpisahan Taylor Swift dan teman lelakinya selama enam tahun, Joe Alwyn mengejutkan peminat di seluruh dunia.
Pasangan itu dilaporkan berpisah secara rahsia beberapa minggu lalu. Menurut sumber terdekat, perpisahan pasangan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan mereka melaluinya dengan tenang. “Perhubungan mereka telah pun sampai ke penghujungnya. Ia tidak dramatik. Sebab itulah Joe Alwyn tidak berada di sampingnya kebelakangan ini.”
Bagaimanapun peminat Taylor Swift berpendapat penyanyi itu telah memberi petunjuk perpisahan mereka ketika menjayakan konsert Eras Tour. Sewaktu membuat persembahan di Arlington, Texas pada 31 Mac lalu, bintang berusia 34 tahun itu dilaporkan menukar trek lagu nyanyiannya.
Dia sepatutnya menyanyikan lagu Invisible String, ‘surat cintanya’ yang terkenal buat Joe Alwyn. Bagaimanapun dia memilih The 1, lagu tentang bekas kekasih yang membariskan lirik, “It would’ve been fun if you would’ve been the one.” Kedua-dua lagu itu ditampilkan dalam album Folklore yang dikeluarkan pada 2020.
Seorang peminat membuat spekulasi bahawa mungkin Taylor Swift mengubah senarai lagu persembahannya kerana telah berpisah dengan Joe Alwyn ketika itu. Peminat itu memuat naik sebuah video di TikTok berserta kapsyen ringkas. “Baru saya sedar mengapa Taylor menggantikan lagu Invisible String dengan The 1.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT
Album The Tortured Poets Department menemui peminat pada 19 April 2024.
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Aktor The Ministry of Ungentlemanly Welfare, Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG
Pasangan merpati dua sejoli, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024
Dari filem “Road House” lakonan Jake Gyllenhaal kepada siri realiti “Physical: 100” yang kembali dengan musim kedua, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mac 2024.
INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT
Taylor Swift memberi kejutan kepada peminat dengan mengumumkan buah tangan terbarunya, The Tortured Poets Department.
TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI
Pelakon asal Singapura, Erwin Dawson kini sah bergelar suami kepada gadis idamannya, Lee Suxiu Solleha Bazilah.