Skip to content

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL BERGELAR BAPA

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA

Kongsikan artikel ini

Selepas hampir enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Justin Bieber dan Hailey Bieber bakal memegang status baru tidak lama lagi – ibu bapa.

Pasangan ini mecetus perbualan hangat di media sosial apabila mendedahkan berita baik itu hanya menerusi foto dan video, tanpa sebarang kapsyen. Dalam video yang dikongsi, Justin dan Hailey dilihat memperbaharui ikrar perkahwinan mereka di Hawaii.

Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian adalah Hailey dan baby bump miliknya. Menyarung gaun putih, model itu kelihatan amat gembira sekali gus menyerlahkan seri ibu mengandung. Jurucakap pasangan itu mengesahkan kepada media bahawa kandungan Hailey kini telah pun memasuki usia enam bulan.

Hailey Bieber Justin Bieber

Foto: Instagram

Berita Kehamilan Hailey & Justin Bieber Bikin Ramai Teruja

Perkongsian pasangan itu mengundang keterujaan di kalangan peminat dan rakan artis. Ramai meluahkan rasa terkejut dan mengambil peluang merakam ucapan tahniah buat Justin serta Hailey.

“Tahniah!” tulis Heidi Klum, Lindsay Lohan, Demi Lovato dan beberapa lagi selebriti di ruangan komen.

Malah ibu Justin, Pattie Mallette turut berkongsi kegembiraannya dan memberitahu dia tidak sabar mahu menyambut kelahiran cucu pertamanya. “Saya sudah lama menunggu untuk berkongsi perkara ini. Saya tidak sabar untuk bergelar nenek.”

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

Bacaan Lanjut
JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA

JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA

Bacaan Lanjut
“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Bacaan Lanjut
REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

Bacaan Lanjut
KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?

KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut