BROOKLYN BECKHAM & NICOLA PELTZ TELAH BERKAHWIN SECARA SENYAP?
Anak sulung David dan Victoria Beckham, Brooklyn dilihat menyarung cincin emas di jari manis awal minggu ini dan peminat membuat spekulasi dia telah mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Nicola Peltz.
Isnin lalu, Brooklyn dirakam memakai cincin emas di tangan kiri sewaktu membeli-belah di butik El Lay. Ketika itu dia tampil dalam kemeja-T Soundgarden, sneaker putih dan jeans hitam bersama topeng wajah.
Kali pertama pasangan itu mencetuskan khabar angin mengenai perkahwinan adalah pada Ogos 2020, sebulan sebelum mereka mengumumkan pertunangan. Ketika itu, Nicola memuat naik satu foto yang menunjukkan Brooklyn menyarung cincin emas di Instagram Story.
Walaupun tiada sebarang kapsyen, peminat menganggap foto itu sendiri sudah pun menjelaskan segalanya.
Pasangan ini mula dikaitkan pada Oktober 2019 selepas perpisahan Brooklyn dengan Hana Cross. Mereka mengumumkan pertunangan pada Julai 2020, selepas bercinta tidak sampai setahun.
“Dua minggu lalu, saya hulurkan lamaran kepada teman sejiwa saya dan dia bersetuju. Saya lelaki paling bertuah di dunia. Saya berjanji akan menjadi suami dan bapa terbaik satu hari nanti. I love you baby,” umum model dan jurugambar itu di Instagram.
Bintang Transformers: Age of Extinction itu memberi respon terhadap hantaran Brooklyn. Dia memuat naik foto yang sama di Instagram, menyatakan dia merupakan gadis paling bertuah di dunia di atas lamaran itu.
“Saya tidak sabar mahu menghabiskan seluruh hidup di sisi kamu. Kasih sayang kamu adalah hadiah paling berharga. Saya sayangkan kamu, dan terima kasih Harper untuk gambar ini.”

Foto: Apex/Mega
Perhubungan ini juga mendapat restu daripada ibu bapa Brooklyn. Victoria berkongsi keterujaannya mengenai pertunangan pasangan ini.
“Berita paling mengujakan! Kami sangat gembira kerana @brooklynbeckham dan @nicolaannepeltz bakal berkahwin! Kami doakan kebahagiaan berpanjangan buat kalian. Kami sayangkan kamu berdua.”
Malah Victoria pernah memuji bakal menantunya itu sewaktu menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Lorraine Disember lalu. Dia berkata, Nicola merupakan seorang gadis yang hebat, sopan, baik hati serta penyayang dan mereka sangat gembira dengan percintaan pasangan ini.
Namun sehingga hari ini belum ada apa-apa pengumuman rasmi mengenai perkahwinan mereka.
Foto: Cyril Pecquenard/KCS Presse
Pautan berkaitan: ANAK-ANAK SELEBRITI TERKENAL BERGELAR ‘INFLUENCER’ FESYEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI
Dalam lanskap industri hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang, nama Isa Khan muncul sebagai simbol bakat dan dedikasi.
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.