BTS KONGSI PERJALANAN HIDUP & KERJAYA DALAM SIRI DOKUMENTARI TERBARU
Walaupun sibuk dengan latihan ketenteraan wajib, BTS terus menghiburkan peminat dengan pelbagai rancangan hebat yang telah pun diatur oleh BigHit Music.
Khas buat ARMY, satu kolaborasi antara Hybe dan Disney+ telah pun diumumkan tahun lalu yang bakal menyajikan kandungan eksklusif BTS di platform itu. Menurut laporan terbaru, dokumentari BTS dijadualkan untuk tayangan pada tahun ini. Berita ini tentunya mengujakan peminat yang tidak sabar mahu menerokai lebih banyak tentang perjalanan kumpulan itu sejak ditubuhkan hampir sedekad lalu.

Foto: Twitter
Dokumentari yang diberi judul BTS Monuments: Beyond The Star dilaporkan akan menemui penonton pada separuh tahun kedua 2023. Ia akan mendedahkan perjalanan kumpulan itu selama sembilan tahun secara menyeluruh. Ini termasuk arkib muzik, rakaman eksklusif kehidupan seharian mereka dan detik-detik penting dalam kerjaya. Peminat akan mengetahui lebih banyak kisah luar biasa dan aspirasi masa depan kumpulan K-pop tersohor itu menerusi dokumentari ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA
Ahli BTS akhirnya kembali selepas menyelesaikan perkhidmatan tentera mereka. Kini, 6 daripada 7 ahli BTS telah kembali ke industri.
KATSEYE, KUMPULAN WANITA GLOBAL TERHANGAT MASA KINI
KATSEYE ialah kumpulan global terhangat masa kini. Nama mereka seringkali didengari di mana-mana dalam industri muzik.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU
Tuah menyebelahi Jin apabila diangkat sebagai wajah global baharu rumah fesyen mewah Itali, Gucci.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023
Dari filem “Malbatt: Misi Bakara” kepada siri “Gyeongseong Creature” lakonan Park Seo-joon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Disember 2023.