Skip to content

CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Kongsikan artikel ini

Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirainya pada 26 Julai di Sungai Seine di ibu kota Perancis.

Acara pembukaan temasya berprestij ini tidak pernah gagal memukau penonton dengan persembahan gah dan luar biasa. Tahun ini ia bakal menyaksikan gabungan dua penyanyi ikonik, Celine Dion dan Lady Gaga.

Baru-baru ini duo itu dikhabarkan telah pun berlatih menyanyikan lagi klasik La Vie en Rose daripada Edith Piaf, menurut ciapan wartawan Perancis Thierry Moreau di laman X. Tambahnya, Celine Dion akan menyarung persalinan daripada Dior.

Bagaimanapun menurut laporan Le Parisien, penyanyi asal Kanada itu akan mendendangkan lagu L’Hymne à l’amour, juga daripada Edith Piaf. Bagaimanapun ia tidak dapat disahkan. Selain Celine Dion dan Lady Gaga, penyanyi Perancis Aya Nakamura dan Juliette Armanet juga akan tampil membuat persembahan.

Céline Dion, Lady Gaga, Aya Nakamura, Juliette Armanet : nouvelles confidences sur la cérémonie des JO

Foto: Linternaute

Khabar angin mengenai kemunculan penyanyi My Heart Will Go On itu di Sukan Olimpik 2024 tercetus selepas dia dilihat meninggalkan Hotel Royal Monceau berhampiran Champs-Élysées. Lady Gaga juga menginap di hotel sama.

Berapa Bayaran Yang Bakal Diterima Celine Dion & Lady Gaga Di Sukan Olimpik Paris 2024?

Walaupun terdapat ura-ura mengatakan penyanyi pop ini dibayar sebanyak RM9.3 juta untuk satu lagu, Page Six mengesahkan ia hanyalah khabar angin.

“Bercanggah dengan beberapa laporan media, para penghibur di acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 tidak akan menerima sebarang bayaran.

“Keputusan untuk membuat persembahan mencerminan keinginan mereka untuk menjadi sebahagian daripada acara bersejarah buat Perancis dan dunia sukan ini,” kata jurucakap temasya itu.

Foto: The Cut

Bagaimanapun organisasi itu akan menanggung semua kos untuk perbelanjaan teknikal dan persembahan, seperti kebiasaan.

Persembahan Celine Dion kali ini menandakan kemunculan keduanya di pentas Olimpik. Dia pernah menghiburkan penonton dengan lagu The Power of the Dream pada temasya Sukan Olimpik Atlanta 1996.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: JIN BTS TERUJA SERTAI LARIAN OBOR OLIMPIK PARIS 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TOM CRUISE BAWA AKSI ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KE MAJLIS PENUTUP OLIMPIK PARIS 2024

TOM CRUISE BAWA AKSI ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KE MAJLIS PENUTUP OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
14 KERABAT DIRAJA YANG PERNAH BERTANDING DI SUKAN OLIMPIK

14 KERABAT DIRAJA YANG PERNAH BERTANDING DI SUKAN OLIMPIK

Bacaan Lanjut
JIN BTS TERUJA SERTAI LARIAN OBOR OLIMPIK PARIS 2024

JIN BTS TERUJA SERTAI LARIAN OBOR OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

Bacaan Lanjut