Skip to content

#CHALLORUN, GLAM LELAKI SENARAIKAN LIMA CHALLO BOYS BERTUBUH PALING FIT, SIAPA DI TEMPAT PERTAMA?

Kongsikan artikel ini

CHALLO RUN ATAU ‘LARIAN CHALLO’ DIANJURKAN OLEH SEKUMPULAN ANAK MUDA YANG DIKETUAI AEDY ASHRAF. MAKIN MENDAPAT PERHATIAN UMUM TERMASUK KOMUNITI SETEMPAT DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI SIHAT MEREKA. 

APA ITU LARIAN CHALLO?

Satu aktiviti atau acara berfokuskan komuniti yang menggalakkan kecergasan dan interaksi sosial. Ia biasanya melibatkan cabaran berlari atau berjalan (sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang), di mana perserta boleh menyertai bersama, selalunya mempromosikan kesihatan, kesejahteraan dan semangat kemasyarakatan. 

Acara ini mungkin termasuk pelbagai aktiviti, hadiah dan peluang untuk peserta berhubung dengan orang lain yang berkongsi minat yang sama dalam kecergasan dan aktiviti luar. Mula mendapat perhatian kerana ia disertai oleh individu-individu dari kalangan selebriti dan berpengaruh, seperti Meerqeen, Sky Iskandar, Amir Ahnaf, Hakimi Noordin, Fazziq Muqris, Ben Ali dan Aedy Ashraff sendiri. Dan ia mula menarik perhatian untuk orang awam turut sama menyertainya. 

TOP 5 #CHALLOBOYS YANG MEMILIKI TUBUH FIT

FAZZIQ MUQRIS

Transformasi badan Fazziq adalah sangat mengagumkan. Dia melakukan diet dan senaman sejak bulan April 2024, penyampai radio ini berjaya menurunkan berat badan lebih daripada 10 kilogram. Selain mengamalkan diet seimbang dan kerap bersenam, Fazziq mengambil peluang menyertai Challo Run untuk mengekalkan bentuk badan yang fit. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazziq Muqris (@fazziqmuqris)

AEDY ASHRAF

Aedy sudah semestinya terkenal dengan individu yang aktif bersukan. Seawal usia muda lagi, Aedy mengamalkan senaman yang betul dan menjaga bentuk badan. Tak hairanlah, Aedy memiliki stamina yang baik untuk melakukan apa jua aktiviti kecergasan. Top two body paling fit dalam kalangan pelari Challo Run. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

BEN ALI

Ben Ali merupakan antara sahabat rapat Aedy. Kerap menghabiskan masa bersama, termasuklah melakukan senaman. Dan kebelakangan ini, Ben diperhatikan mula menunjukkan perubahan pada bentuk badannya. Ben semakin fit dan sasa. Juga satu transformasi yang berkesan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ali Nadzwan 🇲🇾 (@bena1i)

HAKIMI NOORDIN

Hakimi lebih dikenali sebagai model. Memang sudah menjadi rutin sebagai model, Hakimi perlu menjaga pengambilan makanan dan sering menghabiskan masa di gim. Kimi juga giat melakukan banyak aktiviti, sehinggalah berjaya mendapat bentuk badan yang fit seperti sekarang. Perfect fit. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hakimi Noordin (@hakiminoordin)

SKY ISKANDAR

Sky Iskandar yang kini mula berlakon turut memiliki bentuk badan yang fit. Bermula sebagai model lagi, Sky memiliki bentuk badan yang fit. Minatnya dalam bidang kecergasan dan konsisten dalam menjalani senaman, telah membentuk badan Sky kekal fit. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iskandar (@skyiskndr)

Artikel berkaitan: RAFAEL NADAL UMUM PERSARAAN DARI ARENA TENIS

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU

10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU

Bacaan Lanjut

SKY ISKANDAR, DARI MODEL KE PELAKON

Bacaan Lanjut
⁠5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI

⁠5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI

Bacaan Lanjut
YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

FAZZIQ MUQRIS, KONGSI TIPS & BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERSEMANGAT DAN KONSISTEN (PART 1)

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BAHARU WANGIAN RABANNE BERSAMA POWER COUPLE PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut