CHANSUNG 2PM TINGGAL AGENSI, BAKAL BAWA HALUAN SENDIRI
Pelakon dan penyanyi kumpulan 2PM, Chansung mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengunduran diri daripada agensi yang menaunginya sejak 15 tahun lalu, JYP Entertainment.
Chansung mendedahkan kontraknya bersama agensi akan berakhir pada Januari tahun hadapan dan dia memilih untuk membawa haluan sendiri setelah berbincang secara mendalam dengan syarikat itu.
“Keputusan saya diterima dengan baik oleh pihak agensi. Buat masa ini saya belum mempunyai perancangan yang pasti, namun saya akan berkongsi kepada peminat tidak lama lagi. Saya akan melakukan yang terbaik sebagai pelakon dan ahli kumpulan 2PM,” tulisnya di Instagram.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ED SHEERAN TIMANG PUTERI KEDUA
Ed Sheeran berkongsi foto pengumuman kelahiran puteri keduanya di Instagram yang kini telah meraih hampir dua juta tanda suka daripada peminat.
NICK JONAS LUAH KETERUJAAN MENJADI BAPA
Nick Jonas berkongsi pengalaman baharu sebagai bapa selepas empat bulan menimang cahaya mata pertamanya bersama isteri, Priyanka Chopra.
BILLBOARD MUSIC AWARDS 2022: BTS PECAH REKOD DENGAN TIGA KEMENANGAN BERSEJARAH
BTS sekali lagi membuka mata dunia dengan tiga kemenangan di Billboard Music Awards 2022 yang berlangsung di Las Vegas.
JASON MOMOA PILIH EIZA GONZALEZ
Jason Momoa dikhabarkan telah menemui cinta baharu selepas lima bulan mengumumkan perceraian dengan Lisa Bonet.
IMPIAN SAM ASGHARI UNTUK BERGELAR BAPA KINI PUNAH
Dua bulan mengumumkan kehamilan, Britney Spears dan Sam Asghari mendedahkan bahawa ‘miracle baby’ mereka telah meninggal dunia.
GABUNGAN HEBAT LEE DONG WOOK, KIM BUM & RYU KYUNG SOO DALAM TALE OF THE NINE TAILED 1938
Lee Dong Wook dan Kim Bum bakal menghidupkan semula watak masing-masing sebagai adik-beradik dalam Tale Of The Nine Tailed musim kedua.