Skip to content

CHRIS EVANS KEMBALI KE DUNIA MARVEL MENERUSI AVENGERS: DOOMSDAY

CHRIS EVANS KEMBALI KE DUNIA MARVEL MENERUSI AVENGERS: DOOMSDAY

Kongsikan artikel ini

Berita baik buat peminat Captain America, Chris Evans!

Pelakon berusia 43 tahun itu dijangka akan membuat kemunculan semula dalam Marvel Cinematic Universe menerusi filem arahan Joe dan Anthony Russo, Avengers: Doomsday.

Setakat ini peranannya dalam filem itu tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun menurut sumber, watak Sam Wilson lakonan Anthony Mackie juga akan kembali sebagai Captain America. Nampaknya peluang untuk Chris menyarung kostum Captain America agak tipis, namun tidak mengejutkan jika dia kembali menghidupkan watak Steve Rogers.

Chris baru-baru ini membuat penampilan istimewa dalam filem Deadpool & Wolverine sebagai wataknya dari zaman awal Fox/Marvel iaitu Johnny Storm daripada Fantastic Four. Peranan utamanya dalam Disney MCU, Steve Rogers muncul kali terakhir dalam filem Avengers: Endgame arahan adik-beradik Russo.

Kembalinya Chris Evans & Adi Wira Hebat Dalam Filem Terbaru

Kemunculan semula beberapa karakter ‘OG’ MCU dalam filem terbaru Russo Brothers sememangnya sudah dijangka. Seperti yang didedahkan di acara Comic-Con pada Julai lalu, Robert Downey Jr atau Iron Man dipilih untuk menjayakan watak penjahat ikonik Dr Doom. Chris pula dikatakan sentiasa berasa ragu-ragu kerana dia memerlukan alasan kukuh untuk kembali ke MCU.

CHRIS EVANS KEMBALI KE DUNIA MARVEL MENERUSI AVENGERS: DOOMSDAY

Foto: SuperHeroHype

Fantastic Four terbaru yang dibintangi oleh Pedro Pascal, Joseph Quinn, Vanessa Kirby dan Ebon Moss-Bachrach akan turut terlibat dalam Avengers: Doomsday.

Sebelum ini adik-beradik Russo pernah mengarahkan beberapa filem adi wira terkenal. Ini termasuk Avengers: Infinity War, Captain America Winter Soldier dan Captain America Civil War. Avengers: Endgame menduduki tangga kedua dalam senarai filem yang meraih kutipan tertinggi sepanjang masa dengan USD2.799 bilion.

Filem Avengers: Doomsday dijangka menemui penonton di layar perak pada 1 Mei 2026. Avengers: Secret Wars pula akan ditayangkan pada Mei 2027.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: ROBERT DOWNEY JR ‘DIHIDUPKAN SEMULA’ SEBAGAI PENJAHAT IKONIK DOCTOR DOOM

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut
ROBERT DOWNEY JR ‘DIHIDUPKAN SEMULA’ SEBAGAI PENJAHAT IKONIK DOCTOR DOOM

ROBERT DOWNEY JR ‘DIHIDUPKAN SEMULA’ SEBAGAI PENJAHAT IKONIK DOCTOR DOOM

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

Bacaan Lanjut
CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

Bacaan Lanjut
secret invasion marvel

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG NICK FURY, WATAK IKONIK MARVEL LAKONAN SAMUEL L. JACKSON

Bacaan Lanjut
INI YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CAPTAIN AMERICA 4: BRAVE NEW WORLD

INI YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CAPTAIN AMERICA 4: BRAVE NEW WORLD

Bacaan Lanjut