CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?
Masa Depan Cillian Murphy Dalam Marvel Cinematic Universe
Baru-baru ini muncul spekulasi yang mengatakan aktor kelahiran Ireland itu mungkin akan memainkan watak penjahat Doctor Doom dalam projek MCU terbaru. Apabila ditanya adakah dia berminat untuk menggalas peranan tersebut, dia mengakui akan mempertimbangkan perkara itu jika jalan ceritanya menarik dan berkualiti.
“Segalanya bergantung pada skrip. Kita takkan pernah tahu. Industri hiburan ini ‘liar’ dan sukar diramal. Anda tidak tahu apa yang akan muncul di depan mata,” jelasnya dalam podcast Happy Sad Confused.
Seperti yang anda tahu, namanya tidak asing lagi dengan watak penjahat. Dia pernah menggalas peranan antagonis terkenal Scarecrow atau Dr Jonathan Crane dalam trilogi The Dark Knight. Penampilan pertamanya sebagai Scarecrow dalam filem Batman Begins (2005) menandakan kerjasama sulungnya dengan pengarah Christopher Nolan. Dia kemudiannya tampil dengan peranan sama dalam dua lagi filem trilogi itu pada 2008 dan 2012. Persembahannya dalam ketiga-tiga naskah itu meraih pujian hebat daripada penonton dan pengkritik filem.
Foto: Culturaocio
Pautan berkaitan: OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS
Sekumpulan adi wira baru, Thunderbolts sedang berhimpun di Marvel Cinematic Universe dan bakal membuat kemunculan tidak lama lagi.
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI
Ayuh imbas kembali filem lakonan calon Oscar 2024 yang dinilai sebagai terburuk oleh pengkritik Rotten Tomatoes.
10 FILEM HEBAT ARAHAN CHRISTOPHER NOLAN ANDA WAJIB TONTON
Oppenheimer melakar kejayaan luar biasa di layar perak. Bagaimanapun ia bukanlah satu-satunya filem Christopher Nolan yang meraih pujian hebat daripada pengkritik dan penonton.
OPPENHEIMER DIISYTIHAR FILEM BIOPIK PALING BERJAYA DALAM SEJARAH
Oppenheimer kini menjadi filem biopik yang meraih kutipan tertinggi sepanjang masa, mengatasi rekod filem muzikal Bohemian Rhapsody.
DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT
Baru-baru ini tular berita bahawa Taylor Swift bakal membuat kemunculan dalam filem adi wira Deadpool 3. Ketahui watak yang bakal dimainkannya.
OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN
Sebagai watak utama dalam Oppenheimer, Cillian Murphy menerima bayaran jauh lebih tinggi daripada pelakon lain.