Skip to content

GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 01

GL NOV/DIS 2021: FADLAN HAZIM, PELAPIS HERO MALAYA

Kongsikan artikel ini

TAMPAN LAGI BERKARISMA, FADLAN HAZIM, 29 MENYIFATKAN DIRINYA SEBAGAI SEORANG YANG PERAMAH, KOMITED LAGI BERDEDIKASI. ANAK SULUNG DARI EMPAT BERADIK INI OBSES DENGAN KERJAYA SENINYA LANGSUNG SERING MENGEMASKINI ‘SOFTWARE’ ATAU METHOD LAKONANNYA DEMI MEMANTAPKAN SETIAP GERAK DALAM LAKONAN. 

Pengarang Rencana: ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen: JOHAN KASSIM, Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming : FENDI SANI, Rambut : CKAY LIAW

GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 07

Sepersalinan Dior, rantai Cartier dan jam tangan Captain Cook High-Tech Ceramic ciptaan Rado.

Apakah perkembangan terbaru Fadlan?

Sedang mempersiapkan diri memerankan watak utama untuk julung kalinya yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Sudah hampir sepuluh tahun saya menunggu peluang ini. Turut, mempersiapkan diri dari segi fizikal serta mental kerana bakal memasuki set penggambaran untuk sebuah filem aksi. Selain kerjaya seni, saya ingin mencabangkan sumber rezeki dengan membuka barbershop sendiri. Masih dalam perancangan dan bakal buka hanya pada tahun depan. I don’t know when, still working on it.

Lakonan yang menaikan nama Fadlan?

Cinta si Wedding Planner, dibintangi sama oleh Adi Putra dan Mira Filzah. Saya memegang watak Bazli, my character is very depressed, very hopeless and heavy. Saya mendalami karakter ini dengan begitu dalam. Bila keluar tayangan di TV,  saya sangat berpuas hati melihatkan lakonan sendiri.

Sekiranya diberi peluang, apakah perkara yang Fadlan mahu ubah mengenai kerjaya?

Tipulah jika saya tidak melihat balik kesemua drama atau filem yang saya bintangi. Saya mahu ubah pandangan atau reaksi mata saya kerana ada masanya mata saya seperti kosong. I wish I have stronger eyes seperti kedua mata saya seolah berkata-kata. Waktu perintah berkurung yang lalu, saya mendalami ilmu lakonan bersama mentor seperti Fatimah Abu Bakar juga Ibu Fauziah Nawi.

GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 08

Coker Juste un Clou emas kuning 18K berhias berlian kreasi Cartier.

Lakonan Fadlan yang paling mencabar setakat ini?

Bila memerlukan saya untuk melakonkan babak-babak yang mencabar dalam filem Aksi seperti dalam Sangkar. Acting in action is tiring! Bukan saja waktu berlakon dalam set yang memerlukan rakaman demi rakaman, bahkan saya juga perlu menjaga pemakanan dan menekuni gerak geri yang tertentu. Kita juga cenderung untuk tercedera sewaktu berlakon juga semasa training kerana kita bukanlah atlet sukan.

Your strongest suit?

Menjadi seorang pelakon yang versatil. Sudah 10 tahun di dalam lapangan seni lakonan ini, saya sudah merencanakan pelbagai watak dari komedi, rom-com, action, seram, psiko dan misteri.

The best advice you could give to your younger self?

Tanggal 2 hari bulan Januari 2022 ini, saya bakal berginjak ke usia 30-an. Apa yang boleh saya nasihatkan pada diri kala muda dahulu, mungkin, to live more in the moment. Jangan terlalu memikirkan masa hadapan, juga terlalu risau atau kusut tentang perkara yang tidak boleh dikawal. Masa yang sukar akan berlalu pergi, teruskan membuat kesilapan dan terus belajar daripadanya. Kerana sebelum ini saya cenderung untuk terlalu memikirkan sesuatu kesilapan yang terjadi. Padahal saya boleh move on and learn from it. It’s important to learn and not to repeat the same mistakes twice.

GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 04

Jumper dan seluar Coach, Kasut Dior dipadankan bersama cincin barisan Love dan Juste un Clou kreasi Cartier. Jam tangan Rado.

Memasuki usia 30 tahun ini, apa yang sudah dipersiapkan.

Mencecah 30, kita memasuki alam atau fasa yang baru. Lebih komited, lebih serius. Jadinya, masa untuk ‘bermain-main’ sudah terhenti! Selain mahu fokus; baik untuk perencanaan kerjaya atau kehidupan peribadi, saya mahu meluangkan lebih masa dengan famili juga teman-teman rapat. Kerana sebelum ini, saya terlampau obses dan fokus pada kerjaya seni. Tidak bermaksud saya tidak lagi mahu fokus dengan kerjaya, saya hanya perlu tahu keutamaan dan bagaimana untuk mengimbangi kesemua dalam satu ruang masa.

Masa bagi Fadlan…

Ianya berkait rapat bersama memori yang kita laksanakan setiap hari. Bila terkenangkan satu memori itu, ia bakal membawa kita pulang ke suatu ruang masa. Demikian, kita perlu hargai setiap rincian memori indahnya kerana setiap kenangan indah itu pastinya tidak dapat untuk diputar kembali. Manakala, yang buruk pula dibuang saja.

Memori terindah tentang masa yang ada dalam benak fikiran Fadlan sekarang?

Sewaktu dalam zaman kanak-kanak bersama keluarga. I cherish every moment and every event, lebih-lebih lagi bila sudah bersua dengan kehilangan. Juga sewaktu kali pertama melangkah ke dalam set penggambaran lalu beraksi di hadapan kamera. 

Ceritakan saat pertama kali Fadlan memiliki jam tangan mekanikal…

 

Sebenarnya saya baru saja mula mengumpul jam tangan mekanikal. Waktu mula memakainya, ‘feel’ nya agak lain dari memakai jam tangan digital atau yang ditenagai bateri. I feel like mechanical watches connect to your soul. Saya perlu terus memakainya supaya masa terus bergerak ke hadapan. Tambah lagi, jam tangan ini tidak akan bernyawa sekiranya tidak memakainya. Ibarat masa itu terhenti dan persalinan saya seperti tidak lengkap. 

GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 05

Sepersalinan Giorgio Armani dan jam tangan 3 Hands Carrera ilham TAG Heuer.

Seutas jam tangan ideal bagi Fadlan…

Setiap lelaki perlu memiliki sekurang-kurangnya dua utas jam tangan yang berlainan dari segi gaya mahupun konstruksi tali yang mengikat case jam tangan itu. Satu bertali gelang keluli bergaya sporty dan satunya lagi, a dress watch bertali kulit.

Komplikasi yang manakah kegemaran Fadlan…

Sebagai seorang aktor, saya memerlukan seutas jam tangan yang berpunya komplikasi ​​annual calendar, atau pun perpetual calendar. Paling utamanya, ia perlu memaparkan fitur kalendar penuh, dari paparan tarikh, hari dan bulan. Indikasi fasa bulan itu, bonus! Ini kerana sebaik saja usai penggambaran, kita tidak tahu the present day or even the date!

Apa yang paling Fadlan risaukan?

Sama seperti kebanyakan lelaki di luar sana, bimbang akan masa depan yang tidak punya jangkaan. Just do the work, keep working hard, keep hustling day by day. Be a man of focus and don’t sweat the small stuff. Juga tidak mahu tua! Itulah sebabnya mengapa saya menjaga diet dengan begitu obsesif. Kemudian, melewati ke gim hampir 2 atau 3 kali sehari.

Sekiranya berpeluang untuk memutar masa, apakah yang Fadlan mahu ubah?

Saya berharap untuk menjadi lebih berani kerana dahulu saya membiarkan tekanan rakan sebaya mengawal fikiran saya. This unneeded stress mengacau fokus saya. Saya harap saya boleh menjadi lebih berani terus melangkaui apa jua halangan yang dihadapi.

GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 03

Jumper dan seluar Coach digayakan bersama cincin barisan Love dan Juste un Clou kreasi Cartier. Jam tangan Rado.

Stigma mengenai lelaki yang ingin diubah?

Stigma mengenai lelaki umumunya, tidak boleh menunjukkan perasaan mereka. Di mana, ia merupakan satu kelemahan dan lelaki tidak boleh menangis. Lelaki boleh menjadi lemah, putus asa, menangis dan sebagainya…. A lot of us are also facing mental health problems because we can’t show our emotions or feelings. Terkurung, berbuku di lubuk hati serta fikiran. Sudahnya kita yang binasa.

Apa yang menarik tentang seorang wanita?

Cara mereka berbicara, perincian topiknya. Bagi Lan, intelligence is more important than beauty. Saya suka wanita yang berilmu, senantiasa mempunyai topik untuk dibincangkan dan bukannya hanya duduk play-pretty the whole time!

Inner beauty vs outer beauty?

Semestinya, inner beauty always wins! Kecantikan dalaman itu lebih penting kerana kecantikan luaran seseorang itu bakal pudar saat meningkat usianya. The one that stays is your inner self. Beauty from the inside.

GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 06

Sepersalinan Giorgio Armani dan jam tangan 3 Hands Carrera ilham TAG Heuer.

Sekiranya wang ringgit tidak menjadi masalah, ke manakah bakal Fadlan pergi bercuti?

Saya akan membeli sebuah kapal layar dan bakal mengemudinya dari satu pulau ke satu pulau di seluruh dunia! Bermula di Lautan Pasifik yang merupakan lautan terdalam, terbesar di Bumi; meliputi kira-kira satu pertiga daripada permukaan dunia.

What is something everyone always gets wrong about you?

Saya bukanlah seorang yang sombong. Sebenarnya sangat peramah orangnya! Once you get to know me, you’ll be like “Lan when can you stop talking.”

Bagaimanakah seseorang itu bakal mendapat perhatian istimewa anda?

Bila mereka dapat membuat saya ketawa berdekah-dekah dengan lawak bodohnya.

 

PAUTAN BERKENAAN: GL NOV/DIS 2021: HARIS ISMAIL, TENTANG TANGGUNGJAWAB BAHARUNYA

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HARIZ HAMDAN, JEJAKA BERBAKAT BESAR MESTI KENALI

Bacaan Lanjut

5 SEBAB KOLEKSI TIMBERLAND MOTION RANGE SANGAT PRAKTIKAL

Bacaan Lanjut

UNIQLO: C HADIRKAN KOLEKSI LELAKI

Bacaan Lanjut
Tips penggayaan

TIPS PENGGAYAAN MEMADANKAN WARNA DAN CORAK UNTUK PARA JEJAKA

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut