Skip to content

haris ismail

GL NOV/DIS 2021: HARIS ISMAIL, TENTANG TANGGUNGJAWAB BAHARUNYA

Kongsikan artikel ini

MENJADI INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MENGALAS TUGAS BAHARU ADALAH MISI HARIS ISMAIL BUAT TAHUN HADAPAN. MEMBINA KELUARGA YANG BERAMAL JUGA MENJADI MISI YANG HENDAK DIKECAPI.

Teks: AIZAT AIDID Pengarang Fesyen: JOHAN KASSIM Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming : FENDI SANI Rambut : CKAY LIAW

haris ismail

Baju Giorgio Armani

Apa perkembang terbaru Haris?

Sekarang ini sedang menyelesaikan tanggungjawab sebagai pendidik di sekolah. Mengajar Pengajian Islam juga Bahasa Inggeris. Disamping itu juga, terbaru saya diberikan anugerah Gandingan Serasi di Anugerah Bintang Popular, bersama Wanna Ali.

Misi yang hendak dikecapi tahun hadapan?

Tahun hadapan akan banyak perubahan, seperti tanggungjawab yang akan lebih bertambah pada keluarga. Tugas sebagai guru sudah berakhir. Maka akan lebih memberi fokus pada dunia perniagaan. 

Dua perkara yang selalu Haris pegang untuk menjadi diri sekarang?

Pertama, amalan Subuh jangan pernah tinggal dan kedua untuk sentiasa mencari rezeki yang halal.

Tiga rutin pagi yang tidak pernah tinggalkan?

Pagi akan bermula dengan solat subuh berjemaah bersama isteri atau jika berpeluang akan ke masjid. Kemudiannya akan membaca kitab bersama. Sesudah itu, saya perlu tidur seketika sebelum memulakan kerja sebagai guru di sekolah sesi petang.

Masa adalah…

Masa adalah benda yang paling dekat dengan kita tetapi tidak boleh berpatah balik. Jika ada tersalah ketika ini, ia akan memberi kesan kepada masa hadapan. Allah juga bersumpah dengan masa, melalui surah Al-Asr. Semua orang rugi, jika kita beramal soleh. Masa juga perlu dihabiskan bersama keluarga. Ambil masa untuk bersama ibu, ia juga dikira satu amalan soleh.

haris ismail

Kemeja Versace

Masa lalu yang mahu diubah?

Dahulu terlalu sibuk dengan dunia penggambaran, sehingga melambatkan sesi pengajian saya. Jika dahulu dapat habiskan pengajian dan kemudian fokus pada dunia hiburan, mungkin ia adalah satu benda yang lebih baik. Ia sebenarnya memberi pengajaran yang baik kepada diri.

Momen terbaik sekarang…

Menambah ahli keluarga, itu yang paling ditunggu-tunggu. Saya sekarang mahu ambil tahu tentang membina keluarga. 

Keanggunan wanita itu terletak kepada…

Amalannya! Jika tidak terlalu cantik, tetapi jika amalannya terjaga, tuhan tetap bagi mereka cantik.

Rahsia untuk menjadi a better man?

Tiada rahsia, hanya perlu sentiasa melaksanakan amalam harian. Subuh jangan tidak pernah tinggal. Walaupun lambat, tetap dirikan solat. Amalan perlu konsisten dan jadikan hari esok lebih baik. Bacalah buku membina semangat sebanyak mana, jika tiada hubungan dengan tuhan pasti sukar untuk dibantu. 

Nasihat terbaik pernah diberikan oleh Neelofa?

Neelofa memberi nasihat bukan sahaja daripada mulutnya, malahan pada perbuatannya. Amalan bagusnya cukup bagus. Sentiasa ada masa untuk membaca Al-Quran. Sekarang ini amalan yang dilakukan memberi contoh yang baik kepada saya.

Hidup Haris Ismail dengan Neelofa yang gemarkan fesyen?

Sekarang ini, pokoknya adalah untuk menutup aurat dahulu. Baharu kemudiannya fikir tentang fesyen. Dia melaksanakan amalan menutup aurat itu terdahulu. Fesyen dia yang dahulu sudah lama ditinggalkan.

Persalinan Dior Men

Buku yang sedang dibaca sekarang?

Kami berdua sedang menghabiskan baca buku Al Azkar Kitab Terjemahan Imam Nawawi. Kami dapat belajar tentang setiap amalan yang dilakukan.Sebagai contoh, membaca surah Al Fatihah setiap hari mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kami akan lebih bersemangat dalam melaksanakan amalan seharian. 

Tarikan yang ada pada Haris?

Saya bersyukur apabila dipermudahkan dalam hidup. Dari segi rezeki dan ketenangan hidup. Saya berterima kasih pada Allah.

Aktiviti masa senggang?

Akan habiskan masa untuk berfikir tentang perniagaan.  Selalu mahu mencari benda baharu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Juga, kadang kala suka mengedit video!

Stail peribadi…

Jika ketika muda suka sarungkan helaian yang menampakkan tubuh. Sekarang saya lebih selesa pakaian yang longgar. Mengajar di bilik kelas juga lebih selesa.

Apa yang hendak dilakukan jika hidup seorang diri di pulau?

Saya mahu belajar menangkap ikan. Sebabnya saya dahulu belajar di Besut dan setiap pagi saya akan melihat sekumpulan nelayan memulakan pagi mereka menangkap ikan dengan jala. 

Stigma lelaki yang mahu diubah?

Dari mana saya datang, mungkin saya mahukan lelaki ini untuk mengurangkan bercakap tentang orang lain. Ia tidak memberi faedah kepada semua juga merosakkan dalaman kita. Banyak negatif yang terkumpul dalam badan. Terus, kita akan lebih mencari benda yang buruk dan berlainan dengan ajaran agama yang mahukan kebaikan. Selalu tengok benda yang baik dahulu. 

Karakter Haris Ismail yang mahu diubah?

Boleh berkerja seawal pagi. 

Jika punya 25 jam sehari, apa yang mahu dilaksanakan?

Pertama mahu berehat dalam cara beribadat. Ada masa untuk lebih rileks dan berfikir tentang benda yang lebih baik. 

PAUTAN BERKENAAN: GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE, TENTANG SUKSES & SOLIDARITINYA DALAM DUNIA SENI