“I’M NOT JUST A PRETTY FACE!” – ALI REZA

- Apakah lagu tema kehidupan kala ini?
Eminem – Lose Yourself.
- Adakah Ali Reza Kavoossi bahagia saat ini?
Saat ini saya bahagia dan bersyukur dengan segala yang Allah berikan kepada saya. Semua ini juga datang dari berkat doa dan restu ibu serta keluarga. Alhamdulilah. Saya juga sedih, kerana ibu saya tidak lagi bersama kami sekeluarga. Tambah lagi, menjadi saksi kejayaan yang terbina dari mula kerana dia adalah penyokong juga orang yang paling gembira melihat saya melibatkan diri dalam dunia seni ini. Namun, saya tidak akan berputus asa. Saya akan terus maju dalam hidup saya. Pada masa yang sama, senantiasa mengingati apa sahaja yang telah diajarkan kepada saya dan menerapkannya dalam sisi kehidupan hari ini.
- Apakah nasihat buat diri di saat remaja dahulu?
Tingkatkan kemahiran dalam berkomunikasi. Saya fikir, sepanjang tahun ini, saya telah belajar banyak perkara dalam menjaga lisan, berurusan, berunding dengan orang sekeliling. Ia membantu dalam mematangkan diri kita. Berbahas apa jua topiknya, kita bakal didedahkan dan mempelajari satu atau dua perkara baharu. Dan bagi saya setiap hari adalah proses pembelajaran dan ilmu itu berkuasa. Kita kena sentiasa meluaskan ilmu setinggi Himalaya, jadi terpulang kepada diri sendiri untuk membuka peluang kepada pengalaman baharu.
- Apakah satu mesej yang ingin Ali sampaikan kepada dunia?
Berbuat baik kepada semua. Saling menyayangi dan hormat-menghormati dan hanya lakarkan senyuman dan jangan membenci satu sama lain. Bukankah kita mahu hidup aman dan harmoni sesama insan. Itu sahaja yang kita mahukan dalam kehidupan serba misteri ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN
Kolaborasi antara Cortina Watch dan GLAM Lelaki menjadi bukti bahawa dunia horologi mewah terus berkembang selari dengan gaya hidup moden.
EVOLUSI DIRI ALVN & KETEKUNAN MASANYA
Kerjaya ALVN dibentuk melalui usaha konsisten, disiplin dan keberanian untuk mencuba pelbagai cabang industri hiburan.
INSPIRASI BAHARU DUNIA FITNESS MALAYSIA: ‘NEXT-GEN FITFLUENCERS’
Temui barisan fitfluencer, ikon baharu dunia fit Malaysia yang sedang mencipta nama dan memberi inspirasi di media sosial.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
5 MENARIK MENGENAI FILEM MENCARI RAMLEE
filem Mencari Ramlee (2025), sebuah karya yang memberi penghormatan kepada legasi Tan Sri P. Ramlee yang bisa meruntun jiwa.
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.











