JOSHUA FITTON..EKSPRESI SUATU DEPRESI
Setelah memasuki hari ketiga Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018 Ogos lalu, aku terasa bagaikan déjà vu. Mana taknya, sejak hari pertama, rata-rata semua label fesyen lelaki yang mengambil bahagian telah membentangkan himpunan streetwear. Di awalnya, terasa menarik. Lama-kelamaan, terasa monotoni. Biarpun masing-masing hadir dengan cara dan identity tersendiri, setelah acap kali helaian hoodie demi hoodie, bomber demi bomber, seluar cerut demi seluar cerut melewati pentas peragaan KLFW, aku mula merasa jelak. Ini je ke taruhan gaya untuk fesyen lelaki Malaysia?
Sebab itulah aku cukup teruja menantikan show Atelier Fitton. Kerana DNA label ini sudah pastinya tailoring. Sudah tentu Atelier Fitton akan mengetengahkan rekaan yang berbeza daripada sajian streetwear. Tambahan lagi, pengasas dan pereka label ini, Joshua Fitton, 31, sudah mula mengusik umum dengan mesej-mesej kriptik di media sosial, hingga membangkit rasa ingin tahu tentang koleksi ini. Yang aku sedia maklum, koleksinya bertajuk ‘Broken’, dan ia bakal mengulas tentang sesuatu isu yang ‘gelap’. What could it be?
Pabila mengambil tempat duduk di dalam arena KLFW, persoalan pun terjawab. Nota show yang diedarkan memberitahu para jemputan bahawa koleksi Atelier Fitton tahun ini telah direka untuk menimbulkan kesedaran terhadap penyakit mental. Satu refleksi keadaan semasa yang semakin hangat memperbualkan isu ini. Tak lama kemudian, runut bunyi show kedengaran, memainkan single terbaru rapper Belgium, Stromae. Yakni lagu Perancis bertajuk ‘Défiler’. Yang menggambarkan budaya hidup serba moden di mana wajah kita sering fokus pada skrin telefon, mempersoalkan harga diri dan kecenderungan untuk menilai seseorang pada permukaan semata. (First world problems).
Langsung, look pertama yang keluar mempersembahkan gaya klasik Atelier Fitton, kemeja yang dipadankan dengan kilt dan scarf tebal menggantikan sash. Semuanya berwarna hitam. Aku menghela nafas lega. Akhirnya, something different. Kemudian, model kedua ditampilkan, iaitu satu look wanita berkemeja dengan skirt pendek. Serba hitam. Diikuti model lelaki dengan jaket safari, kemeja dan seluar sedondon. Serba hitam. Seterusnya jaket trucker dipenuhi batu Agate dengan kemeja dan celana tailored. Juga serba hitam. Dan seterusnya. Hitam, hitam, hitam. Nafas lega yang dihela di awal pertunjukan tadi bagaikan terhenti pula.
Dibuai muzik yang kontemplatif, mengiringi raut wajah barisan model yang tiada perasaan, dalam lebih 30 pakaian serba hitam dipertontonkan dari awal hingga akhir, perasaan suram mula menyelubungi diri. Terpampang bagaikan satu pentas tengah berkabung. Senang cerita, sebagai satu karya yang mahu mewakili penyakit mental, koleksi ini terasa depressing.
Dan itu bukanlah satu kritikan. Kerana biarpun terasa suram, semuanya nampak cantik. Setiap helaian yang dikemukakan telah direka dengan cukup tajam dan kemas, dengan permainan siluet, tekstur dan perincian yang memberi karakter pada setiap look. “Dari awal kemunculan saya lagi, setiap koleksi yang saya reka menunjukkan apa yang saya lalui secara personal,” kongsi Joshua Fitton dengan jujur. “It’s about self-exploration as well as self-explanation. Cara saya memberitahu dunia siapa saya.”
Untuk bacaan lanjut dapatkan isu SEPTEMBER 2018 yang kini sudah berada di pasaran.
Teks: Aziz Draim / Penyelaras & penata gaya: Johan Kassim, dibantu Arie Sampornak & Efny Aziz / Arahan seni: Shane Rohaizad / Gambar: Chuan Looi / Rambut & grooming: Emmy Agung
Jaket kulit dari @mcmworldwide
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.