Skip to content

“SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY

“SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY

Kongsikan artikel ini
4 of 4

  • Buku dan filem kegemaran?

Buku akademik mengenai Komunikasi. Haha. Sejujurnya saya tidak punya masa terluang kerana hari-hari saya diisi dengan sesi latihan berselang-seli menghadiri kuliah. Bagi filem pula, saya meminati filem sekuel Fast and Furious. Lebih-lebih lagi sekuel-nya yang terawal kerana usulan filem terbarunya makin merepek. Saya menggilai lapangan automotif dan tertumpu melihat ulasan produk juga pandu uji di Youtube.

  • Apa pula genre dan lagu yang digemari?

Saya selesa mendengar lagu-lagu Hip-hop atau R&B. Tambah lagi, saya amat teruja bila berpeluang untuk bersemuka dengan Joe Flizzow buat pertama kali sewaktu menghadiri parti Ulang Tahun ke-15 GLAM Lelaki. Saya membesar dengan mendengar lagunya, itu sudah pasti.

  • Apakah lagu tema kehidupan saat ini?

Bruno Mars, When I Was Your Man. Tidak menggambarkan sesuatu yang spesifik sama sekali. Lebih kepada peneman sebelum melelapkan mata.

  • Aplikasi sosial pilihan Sharul?

Pertamanya Youtube, kemudian Instagram dan TikTok.

  • Sesuatu yang menjengkelkan tentang diri?

Saya sebenarnya selesa untuk membuka baju, senang kata shirtless lah. Tapi dalam pada masa yang sama rasa bersalah kerana ada segelintir kita yang cepat untuk menilai dan mungkin dilabel sebagai narsistik. Mungkin itu adalah sesuatu yang menjengkelkan?

Pautan Berkenaan: “I’M NOT JUST A PRETTY FACE!” – ALI REZA

4 of 4

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut