Skip to content

COVID-19: GILIRAN RALPH LAUREN SUMBANG DANA

Kongsikan artikel ini

Dek pendemik Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda, baru-baru ini, pereka fesyen tersohor Amerika Syarikat, Ralph Lauren mengumumkan menyumbang sebanyak RM40 juta dalam usahanya memberi bantuan melindungi dan merawat pesakit yang dijangkiti Corona Virus atau Covid-19. Dana sumbangannya tersebut kelak akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa organisasi termasuklah Organisasi Kesihatan Dunia atau WHO.

Foto: AP Photo | Antonio Calani

“Waktu sekarang adalah sangat sukar yang memerlukan kita semua saling memberi sokongan antara satu sama lain dan ini adalah misi kami,” kata Ralph Lauren menerusi kenyataan media di laman webnya. Ralph Lauren juga memberi jaminan akan terus membantu kakitangannya yang memerlukan bantuan kewangan, perubatan, penjagaan warga emas mahupun kanak-kanak sepanjang pandemik ini. Pereka fesyen yang berusia 80 tahun ini juga kahabarnya akan memberi sumbangan kepada Council of Fashion Designers of America (CFDA) untuk membantu pereka fesyen yang terkesan dengan wabak yang bermula di China penghujung tahun lalu.

Selain itu, Ralph Lauren Corporation akan mula mengeluarkan 250,000 topeng muka untuk kegunaan badan-badan perubatan.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN

LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
5 BILIONAIR DUNIA YANG BIJAK BERGAYA

5 BILIONAIR DUNIA YANG BIJAK BERGAYA

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut