Skip to content

DALAM KENANGAN: 20 FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

DALAM KENANGAN: 20 FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Kongsikan artikel ini

Salah seorang aktor terhebat dalam sejarah Amerika, James Earl Jones menghembuskan nafas terakhir pada 10 September 2024 ketika berusia 93 tahun.

Sepanjang kerjayanya selama lebih tujuh dekad, James telah membintangi pelbagai rancangan televisyen, filem dan Broadway. Malah sebuah teater dinamakan sempena namanya pada 2022.

Merupakan artis serba boleh, bakatnya tidak terhad pada bidang lakonan sahaja. Dia turut memikat hati penonton dengan suaranya yang disumbangkan dalam trilogi asal Star Wars sebagai Darth Vader dan sebagai Mufasa dalam filem The Lion King.

Lihat foto James Earl Jones sebagai salah seorang pelakon paling versatil di Hollywood

 

James dilahirkan di Arkabutla, Mississippi, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1931. Dia bergelut memulihkan gagap yang dialaminya demi bergelar pelakon dan mula menceburi dunia hiburan pada pertengahan 1950-an.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: Getty Images

 

James menerima pencalonan Primetime Emmy dalam kategori pelakon jemputan terbaik untuk peranannya dalam rancangan TV East Side/West Side pada 1963.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: Getty Images

 

Richard Burton, James, Alec Guinness, Elizabeth Taylor dan Peter Ustinov dalam adegan dari filem The Comedians pada 1967.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: Globe Photos, Inc

 

James memainkan watak Jack Jefferson, bekas kekasih Clara (lakonan Marlene Warfield) dalam adegan dari The Great White Hope di teater Alvin di Broadway pada 1968.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: AP

 

Bergurau senda dengan rakannya yang juga petinju legenda, Muhammad Ali di Hollywood pada 10 November 1969.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: AP

 

James menerima pencalonan pelakon terbaik dalam filem komedi atau muzikal untuk peranannya sebagai pengutip sampah bernama Roop dalam Claudine pada 1974.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: TCM

 

Aktor ini memainkan watak Malcolm X dalam filem The Greatest mengenai kehidupan Muhammad Ali pada 1977.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: Ronaldgrantarchive

 

James menyumbang suara untuk watak Darth Vader lakonan Dave Prowse dalam Star Wars 1977.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: X

 

“I am your father”: Darth Vader, suara oleh James dalam Star Wars: Episode V – The Empire Strikes Back pada 1980.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: Twentieth Century Fox

 

James sebagai Othello dan Christopher Plummer sebagai Iago di teater Winter Garden di broadway pada 1982.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: Getty Images

 

Bersama anaknya, Flynn Earl Jones dan bapanya, Robert Earl Jones pada 1987.

FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

Foto: Getty Images

 

Tahun 1988 menyaksikan gabungan hebat antara James dan Eddie Murphy dalam Coming To America.

Foto: IMDb

 

James bersama Kevin Costner dalam Field of Dreams pada 1989.

Foto: Alamy

 

Membawa pulang dua trofi Emmys untuk pelakon terbaik dalam Gabriel’s Fire dan pelakon pembantu terbaik dalam Heat Wave pada 1991.

Foto: AP

 

Dikurniakan pingat National Medal of the Arts daripada presiden George HW Bush di Rumah Putih, Washington pada 1992.

Foto: AP

 

James bersama isteri kedua, Cecilia Hart dan anak mereka, Flynn di belakang pentas teater Driving Miss Daisy yang dibintanginya di New York pada 9 April 2011.

Foto: FilmMagic

 

Bersama trofi Oscar yang dimenanginya di Anugerah Akademi ke-84 di Los Angeles, California pada 28 Februari 2012.

Foto: Getty Images

 

James dan Cicely Tyson di pentas teater The Gin Game di Golden Theater di Broadway pada 2015.

Foto: Sara Krulwich/The New York Times

 

Foto: Getty Images

 

James kembali membintangi Coming 2 America pada 2021.

Foto: Amazon Studios/Courtesy Everett Collection

 

Foto: The New York Times

Pautan berkaitan: PERJALANAN HIDUP & KERJAYA RICHARD GERE MENERUSI LENSA KAMERA