Skip to content

DARI GIMNASTIK KE MODELING, HOT GIRL ALYSIA BASREE

DARI GIMNASTIK KE MODELING, HOT GIRL ALYSIA BASREE

Kongsikan artikel ini

Wajah hot ditambah gaya fesyen yang cukup bergaya, Alysia Basree, model yang menjadi pilihan girl crush GLAM Lelaki kali ini! 

Dengan face card yang cukup insane, Alysia Basree merupakan seorang model dari Scouts Model KL. Dikhabarkan bermula dari menjadi seorang ahli gimnastik, Alysia kini menjadi model tempatan yang digemari ramai. Selain daripada karier modelingnya, kandungan di akaun Instagram Alysia juga penuh dengan percutian, fesyen serta kehidupan bersama rakan dan keluarga. Baru berumur 24 tahun, Alysia sudah bekerja dengan jenama-jenama hebat tempatan dan antarabangsa seperti Calaqisya, Pestle Mortar, New Balance, MLB, dan adidas. Untuk kenali Alysia Basree dengan lebih mendalam, GLAM Lelaki telah menemubual hot girl ini, untuk anda semua!

1. ALYSIA BASREE DALAM 3 PATAH PERKATAAN?

Bersemangat, nakal, mendalam

2. APAKAH PERKEMBANGAN TERKINI ALYSIA?

Sekarang saya masih aktif dengan modeling dan penciptaan kandungan seperti biasa — ikut sesi penggambaran dan kekal konsisten di media sosial. Tapi selain itu, saya juga tengah sibuk dengan satu projek best untuk jenama solekan saya yang akan datang. Saya betul-betul fokus dari segi konsep produk hingga ke cara penyampaian. Segalanya sedang disusun rapi, dan saya sangat teruja nak kongsi nanti!

alysia basree

3. RAMAI MENGENALI ALYSIA SEBAGAI SEORANG MODEL DAN CONTENT CREATOR. APA LAGI YANG DILAKUKAN OLEH ALYSIA, YANG ORANG RAMAI PERLU TAHU?

Ramai orang kenal saya dari dunia modeling, tapi sebenarnya sebelum itu saya bermula sebagai ahli gimnastik dan penari semasa remaja. Pengalaman tu banyak bantu bentuk disiplin dan kreativiti saya, dan sampai sekarang ia masih mempengaruhi cara saya bekerja dalam bidang modeling dan content creation.

4. Siapakah girl crush dan boy crush Alysia?

Girl crush saya mestilah Bella Hadid, Lisa (BLACKPINK) dan Sabrina Carpenter. Untuk boy crush pula, Chris Evans — confirm!

5. Siapakah inspirasi dalam hidup Alysia?

Ibu saya. Beliau adalah pendorong utama dalam hidup saya. Dialah yang selalu dorong saya untuk jadi lebih baik dan tak settle for less. Kalau bukan sebab sokongan dan keyakinan dia pada saya, saya mungkin takkan sampai ke tahap ini.

alysia basree

6. Red flags ketika temu janji pertama? 

Kalau dia terlalu banyak bercakap pasal diri sendiri dan langsung tak tanya apa-apa tentang saya — itu petanda besar. Mungkin dia lebih pentingkan diri atau tak benar-benar nak kenal saya.

7. APAKAH CABARAN YANG ALYSIA HADAPI SEBAGAI FIGURA AWAM?

Nak kekal bermotivasi dan berinspirasi. Bila sentiasa diperhatikan orang, kadang-kadang rasa susah nak terus semangat sebab macam semua gerak-geri kita dinilai atau dijadikan hiburan.

8. Gambarkan lelaki idaman Alysia?

Seorang yang hormat orang, menyokong, kelakar, setia, dan penuh semangat dalam apa yang dia buat.

alysia basree

9. Idola Alysia dalam dunia modeling – tempatan dan antarabangsa?

Model tempatan: Natalie Prabha.
Model antarabangsa: Kenz Lawren.

10. Apa yang buat Alysia masuk ke dalam bidang modeling?

Saya mula modeling sejak kecil, dan sebenarnya ibu saya yang kenalkan saya dengan dunia ini. Pada mulanya, saya buat penggambaran untuk majalah dan iklan. Masa tu saya tak tahu banyak pun pasal industri ni. Tapi lama-kelamaan, saya mula jatuh cinta dengan dunia modeling. Ia bukan sekadar kerja — ia jadi satu minat. Modeling bagi saya ruang untuk ekspresikan kreativiti dan cabaran yang baru.

11. KAMU RASA LELAKI ITU SEKSI BILA…

Bila dia yakin tapi tidak sombong, ada sifat penyayang dan hormat orang sekeliling. Lagi best kalau dia selesa dengan diri sendiri, semangat dalam apa yang dilakukan, ada emosi yang stabil, dan kelakar. Bukan semata-mata rupa, tapi tenaga, pemikiran, dan keaslian dia tu yang buat dia betul-betul menarik.

Pautan Berkaitan: DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK

DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK

Bacaan Lanjut
SHARIFAH AREEQA: THE GIRL WITH THE HAIR

SHARIFAH AREEQA: THE GIRL WITH THE HAIR

Bacaan Lanjut

AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI

Bacaan Lanjut
lapan 'girl crush'

LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.

Bacaan Lanjut
Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut

FESYEN INFLUENCER YANG ANDA HARUS FOLLOW DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut