Skip to content

DARI MODEL KE AKTOR EMILY IN PARIS 4, KENALI PAUL FORMAN

Kongsikan artikel ini

Emily In Paris akhirnya kembali di skrin kita untuk musim keempat. Siri ini menyaksikan Emily Cooper (Lily Collins) akhirnya membuat keputusan mengenai segitiga cintanya dengan Gabriel (Lucas Bravo) dan Alfie (Lucien Laviscount), hubungan kerjanya dengan Sylvie, dan masa depannya di kota cinta.

Kemunculan  semula Nicolas de Leon (lakonan Paul Forman), menjadikan plot drama kesukaan ramai ini lebih menarik.  Kini, dia adalah teman lelaki Mindy, tetapi dia berdepan dilema antara hubungannya dan keluarganya, selepas bapanya, bos JVMA Louis de Leon, dituduh melakukan gangguan seksual terhadap wanita.

Siapakah Paul Forman?

Paul Forman adalah seorang pelakon British dan Perancis yang kini tinggal di London. Beliau tamat pengajian dari Drama Studio London pada tahun 2016. Selain berlakon, beliau juga pernah terlibat dalam bidang peragaan. Beliau pernah muncul di muka depan majalah Attitude terbitan Little Mix pada tahun 2018.

Digadingkan bersama Ashley Park yang ikonik dan berkarisma, juga dikenali sebagai Mindy Chen dalam siri ini. Pasangan ini bertemu semasa penggambaran musim ketiga, dan Ashley berkongsi tentang hubungan mereka dalam temubual terbaru dengan Ashley mendedahkan, “Pada awalnya, kami hanya kawan, kerana saya pada masa itu berkata, ‘Saya tidak akan berpacaran dengan pelakon lagi.’ Dan salah satu perkara pertama yang dia katakan kepada saya adalah, ‘Saya tidak pernah berpacaran dengan pelakon.’ Dan saya berkata, ‘Hebat.’

Lily Collins percaya chemistry antara Paul Forman dan Ashley Park.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashley Park (@ashleyparklady)

“Lily Collins perasan chemistry di antara kami. Dia bertanya, ‘Ashley, apa yang berlaku?’ Dan saya menjawab, ‘Tak ada apa-apa. Saya dah kata saya tidak menjalinkan hubungan dengan pelakon.’ Itu adalah kali pertama saya benar-benar berdiri teguh untuk diri sendiri.

Ashley Park beritahu bahawa, ‘Lily, tidak percaya pada saya kerana dia adalah jenis lelaki yang saya tidak akan jatuh hati. Saya beritahu Paul, jika dia ingin menjalinkan hubungan bersama saya,  percayakan saya.’

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashley Park (@ashleyparklady)

“Oh ya. Tetapi pada waktu itu, dia hanya bertanya, ‘Jadi kenapa kamu berciuman semasa latihan?’ Saya berkata, ‘Kerana kami telah menjalani adegan sepanjang minggu.’ Dan dia berkata, ‘Well, kamu nampak sangat teruja.’ Kemudian malam itu, kami berdua keluar bersama. Saya fikir saya akan menjadi orang ketiga dalam perhubungan tersebut, dan rupanya hanya kami berdua. Dan saya berkata, Oh tuhan, saya telah berbohong kepada kawan baik saya. Saya benar-benar suka lelaki ini. Apa yang perlu saya buat?” kongsi Ashley Park tentang Paul Forman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paul Forman (@peforman)

Paul Forman disahkan menyertai pelakon Emily in Paris musim ketiga pada Oktober 2022. Dia mengumumkan berita tersebut di profil Instagramnya dengan gambar dirinya di hadapan Menara Eiffel. Paul menyanyi dan bermain gitar, dan dia kadang-kadang memuat naik video dirinya melakukan perkara tersebut di profil Instagramnya.

 

Artikel Berkaitan: https://glamlelaki.my/personaliti/kenali-bakal-suami-yam-tengku-puteri-afzan-aminah-hafidzatullah/

By Emma Raof
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut

15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2022

Bacaan Lanjut

“CABARAN SAYA ADALAH TIDAK JATUH CINTA DENGAN LUCIEN LAVISCOUNT “ – LUCAS BRAVO (GABRIEL) DARIPADA SIRI ‘EMILY IN PARIS’

Bacaan Lanjut