15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?
Minggu Fesyen Paris sentiasa menjadi gelanggang gaya buat tetamu jemputan untuk mempamerkan stail terbaik mereka. Tahun ini, Paris Fashion Week Fall 2024 menyaksikan barisan selebriti antarabangsa dari seluruh dunia menghadiri pertunjukan fesyen terbaharu untuk musim luruh/sejuk 2024.
Rumah fesyen utama seperti Dior, Loewe, Balenciaga dan Louis Vuitton antara yang memberikan momen fesyen menswear terbaik. Loewe menyaksikan barisan selebriti lelaki yang paling ramai menduduki front row kali ini. Antaranya Shawn Mendes, Off Jumpol, Seungmin dan juga Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Pharrell Williams.
Ikon bola sepak, David Beckham pula mengetuai keluarganya dalam menyokong pertunjukan terbaharu oleh Victoria Beckham. Dia turut disertai oleh anak-anaknya seperti Cruz Beckham, Brooklyn Peltz Beckham, Harper Beckham, serta Nicola Peltz Beckham.
Penyanyi popular, Sam Smith turut mencipta kejutan dengan berjalan untuk Vivienne Westwood oleh Andreas Kronthaler. Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagi hit seperti “Unholy” dan “Stay With Me” itu membuka pentas fesyen musim ini dengan look yang penuh drama dan mencuri perhatian.
Berikut adalah 15 gaya selebriti lelaki terbaik di Paris Fashion Week Fall 2024 pilihan GLAM Lelaki:
1. Shawn Mendes (LOEWE)
2. Mingyu (DIOR)
3. The Beckhams (VICTORIA BECKHAM)
4. Juyeon (BALENCIAGA)
5. Pharrell Wiliams (LOEWE)
6. Paul Forman (MARINE SERRE)
7. Dino SEVENTEEN (OFF-WHITE)
8. J Balvin (VETEMENTS)
9. Off Jumpol (LOEWE)
10. Jaden Smith (LOUIS VUITTON)
11. Seungmin Stray Kids (LOEWE)
12. Johnny NCT (ACNE STUDIOS)
13. Sam Smith (VIVIENNE WESTWOOD)
14. Cole Sprouse (BALENCIAGA)
15. Wang Yibo (CHANEL)
Baca lebih lanjut: 25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
THE LINE-UP IS OUT! INI BARISAN PENYANYI YANG BAKAL BERADA DI ASIA TOP MUSIC FESTIVAL 2026
Pada hujung bulan Mei, Malaysia bakal dihangatkan dengan kehadiran bintang Asia dia Asia Top Music Festival 2026, di Sepang.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!











