5 GAYA FESYEN MIERUL AIMAN PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki akan menampilkan 5 gaya fesyen Mierul Aiman yang boleh dijadikan inspirasi oleh lelaki pada masa kini.
Siapa tidak mengenali lagi pelakon rising star pada generasi kini iaitu Mierul Aiman dengan nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Azman, 26. Pelakon lelaki kegilaan ramai orang ini berani mencuba pelbagai gaya fesyen terkini dan menjadi sebutan orang ramai. Dengan keberaniannya menggabungkan elemen-elemen fesyen yang unik dan inovatif, Mierul bukan sahaja memukau penonton dengan lakonannya tetapi juga dengan gaya fesyen yang mempesona.
TEMUI 5 STAIL MIERUL AIMAN YANG MEMANCARKAN UNIKNYA
1. GAYA KASUAL MODEN

Foto: @mierulaiman (Instagram)
Mierul Aiman sering kelihatan mengenakan pakaian kasual yang disertakan dengan sentuhan moden, yang menyerlahkan personalitinya yang santai namun tetap bergaya. Kombinasi jeans slim-fit dengan t-shirt berwarna neutral, dilengkapi dengan jaket denim, adalah antara gaya pilihan utamanya.
Penampilannya yang rapi dan kemas ini tidak hanya mencerminkan citarasa fesyen yang tinggi, tetapi juga kemampuan untuk menyesuaikan pakaian kasual kepada situasi harian dengan penuh keyakinan dan gaya. Penampilan kasualnya yang effortless tetapi tetap sofistikated membuatkan Mierul menjadi ikon fesyen lelaki yang mudah diikuti oleh para jejaka masa kini.
2. GAYA FORMAL BERKELAS

Foto: @mierulaiman (Instagram)
Untuk acara formal, Mierul Aiman tidak ragu-ragu untuk tampil dengan sut yang rapi dan elegan. Menonjolkan sisi profesional dan mewah. Setiap pemilihan sut disempurnakan dengan aksesori eksklusif seperti jam tangan mewah dan butang manset yang bergaya. Kombinasi ini bukan sahaja melengkapkan penampilannya, tetapi juga menambah aura keyakinan dan karisma.
3. GAYA TRADISIONAL

Foto: @mierulaiman (Instagram)
Untuk acara-acara khas atau perayaan, Mierul tidak pernah lupa untuk menampilkan gaya tradisional yang disertai dengan sentuhan kontemporari. Memakai baju Melayu atau kurta dengan reka bentuk moden, dia menunjukkan kemampuan untuk menggabungkan elemen tradisi dan kemodenan dengan begitu harmonis. Penampilannya sering dipadankan dengan sandals. Mencipta kontras yang menarik dan memberikan nuansa yang segar kepada pakaian tradisional.
Gaya Mierul yang unik ini menginspirasikan lelaki untuk berani bereksperimen dengan pakaian tradisional, sambil tetap menjaga penampilan yang sofistikated dan menarik dalam setiap majlis yang dihadiri.
4. GAYA STREETWEAR

Foto: @mierulaiman (Instagram)
Mierul tidak ketinggalan dalam mengikuti tren streetwear. Dia kerap memilih pakaian yang berani dan penuh ekspresi seperti oversized t-shirts, cargo pants, dan sneakers eksklusif. Aksesori seperti topi dan rantai juga menambah gaya streetwearnya yang unik.
5. GAYA SPORTY CHIC

Foto: @mierulaiman (Instagram)
Sebagai seorang yang sentiasa bergerak aktif dan bersemangat tinggi, Mierul tidak hanya sekadar menjalani gaya hidup sihat tetapi juga memastikan penampilannya sentiasa dalam keadaan paling bergaya. Dia sering kali mengejutkan orang sekelilingnya dengan keupayaannya memadankan streetwear menjadi sporty imej diakhiri dengan sneakers yang bukan sahaja trendy tetapi juga memberikan sentuhan moden yang memukau.
Setiap langkahnya adalah sebuah pernyataan fesyen menunjukkan bahawa walaupun dalam suasana yang dinamik dan memerlukan pergerakan yang pantas. Penampilan yang chic dan bergaya tidak perlu dikorbankan. Mierul membuktikan bahawa gaya hidup aktif boleh disertai dengan sentuhan glamor yang mempesona.
Baca lebih lanjut: 7 STAIL FESYEN PELAKON ‘PROJEK: HIGH COUNCIL’ YANG BOLEH JADI RUJUKAN LELAKI MASA KINI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOLD DYSTOPIAN BY NAZREEM MUSA
Ikon fesyen Nazreem Musa tanah air, mengoncang arena fesyen lokal dan yang kini ligat muncul di Minggu Fesyen Antarabangsa.
10 TREND BUNGA/PANAS 2025 YANG MESTI LELAKI KUASAI
Minggu Fesyen Lelaki luruh/sejuk 2025 Milan telah melabuh tirai, Paris pula membuka tirai dan mendapat menguasai radar fesyen dunia. Namun, bukan itu yang GLAM Lelaki bakal bincangkan kerana reality check-nya pertunjukan fesyen adalah untuk pra persediaan menempuh musim akan datang – we will talk about it later! But NOW, let’s focus on Men’s Trends for…
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI
Mierul Aiman merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik namanya dalam industri lakonan dan fesyen di Malaysia. Juara Hero Remaja tahun 2021 ini merupakan salah seorang dari jejaka yang menjadi wajah muka depan GLAM Lelaki pada bulan September. Mierul Aiman, seorang pelakon Malaysia yang digemari ramai ini baru sahaja mencecah umur 26 tahun. Lakonan Mierul…
#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL
Magis edisi kali ini, Glam Lelaki membuka lembaran baru dalam naskhah dunia fesyen dan gaya lelaki alfa masa kini, mempersembahkan ‘NEW ERA’ - menampilkan penyanyi, Hael Husaini (35), pelakon, Mierul Aiman (26) dan pempengaruh, Amirul Daniel (25).
GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN
Mierul Aiman, pelakon yang lahir dari sebuah program realiti pencarian bakat, sudah mula bertapak dalam industri dan ‘meledak’ semenjak memegang pemeran utama drama “Projek: High Council” sebagai Fakri Ismet.