“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
Bagi tahun 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai latar bidang yang berbeza. Daripada fesyen kepada hiburan, mereka merupakan “Our Heroes”. Kami menampilkan Dato’ Sri Bernard Chandran yang mengukir nama dan mencipta kejayaan dalam bidang fesyen sehingga digelar sebagai King of Fashion. Berani untuk mengorak langkah sendiri tanpa mengikut norma, helaian-helaian mewahnya disarung oleh ramai jelitawan termasuk ahli kerabat serta selebriti seperti Rihanna dan Lady Gaga.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
IKUTI TEMU BUAL EKSLUSIF BERSAMA DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN BERSEMPENA DENGAN GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023:
1. TEMA UNTUK ALPHAMEN 2023 IALAH ‘OUR HEROES’. APAKAH ERTI HERO BAGI ANDA?
Bagi saya, makna hero boleh terjadi dalam konteks yang berbeza, contohnya dalam konteks fesyen. Seorang hero boleh dianggap sebagai hero dalam kehidupan seharian, hero pada masa krisis, anda adalah hero dalam sastera, muzik, fesyen mahupun dalam sejarah misalnya.
Konteks ‘Our Heroes’, bagi saya perkataan ini melambangkan potensi kualiti manusia yang luar biasa dan keupayaan untuk membuat perubahan bermakna dalam kehidupan seseorang atau bahkan kepada dunia. Seseorang yang tidak takut untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan mereka dan mewariskannya kepada generasi akan datang dan dapat memudahkannya untuk mereka.
Nilai-nilai dan kualiti seperti penghormatan, belas kasihan dan daya tahan sangat sinonim dalam masyarakat kita. Saya suka berkongsi kisah kejayaan dan pengalaman bernas kepada generasi muda masa depan kerana kisah-kisah ini menjadi peringatan tentang kebolehan potensi individu dan kekuatan semangat individu yang kekal.
2. APAKAH DEFINISI ALPHAMEN KEPADA ANDA?
Di sini, kita bercakap tentang individu. Bagi saya istilah ini merujuk kepada Lelaki yang merangkumi ciri-ciri dominan dan tegas yang dikaitkan dengan maskuliniti tradisional. Istilah ini kepada saya digunakan untuk menggambarkan individu, biasanya lelaki, yang menunjukkan keyakinan, kualiti kepimpinan dan keyakinan diri dalam konteks kehidupan yang berbeza.
Untuk seseorang dikategorikan sebagai ‘Alphamen’, anda perlu mempunyai keyakinan diri yang tidak berbelah bahagi dalam diri anda. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat dalam diri anda dan mempunyai keupayaan untuk mengambil risiko dan menghadapi cabaran secara berterusan. Seorang ‘Alphamen’ mestilah seorang pemimpin yang dilahirkan semula jadi; untuk dapat memberi inspirasi dan mempengaruhi orang lain.
Keyakinan, kemahiran kepimpinan yang baik hanyalah beberapa ciri untuk menjadi seorang Alphamen tetapi untuk melabelkan diri anda sebagai ‘Alphamen’ dalam konteks fesyen, anda hanya perlu bergaya dengan effortless pada masa yang sama intelektual dan belas kasihan.
3. BAGAIMANA ANDA MENTAKRIFKAN MASKULINITI DALAM DUNIA MODEN HARI INI?
Bagi saya, masih dalam konteks fesyen, ia akan dilihat sebaik-baiknya yang mana seorang lelaki berbangga dan berusaha untuk mengekalkan rupa yang bergaya sambil mengekalkan dominasi dan keyakinan yang dikaitkan dengan menjadi lelaki maskulin. Jangan sekali-kali ada perasaan insecure. Lelaki hari ini jika anda sedar, mereka mempunyai kebebasan untuk menyatakan diri mereka dengan tulus melalui pakaian mereka dan cara mereka merapikan diri. Lantas, menyumbang kepada landskap fesyen yang lebih inklusif dan dinamik.
Pada masa kini, fesyen telah menjadi penggerak untuk penemuan dan ekspresi diri. Sebab mengapa saya katakan ini adalah kerana ia membolehkan individu menerima dan meraikan tafsiran unik maskuliniti mereka sendiri melalui fesyen dalam dunia moden ini.
4. APAKAH STIGMA TENTANG LELAKI YANG ANDA INGIN UBAH?
The feeling of INSECURITY.
Saya mengatakan ini dalam konteks fesyen kerana penting bagi seseorang untuk menyedari bahawa fesyen adalah haluan untuk ekspresi diri dan kreativiti dan bukannya sumber kebimbangan.
Mengatasi rasa insecure yang berkaitan dengan fesyen, seseorang itu perlu mempunyai dalam diri mereka perasaan penerimaan diri, body positivity dan individuality. Kita boleh menangani perkara ini dengan memupuk keyakinan diri yang akhirnya akan membolehkan individu mencari kegembiraan dan ekspresi diri dalam pilihan pakaian mereka.
5. BAGAIMANA ANDA BERMULA SEBAGAI PEREKA FESYEN DI MALAYSIA?
Diinspirasikan oleh video muzik dan sokongan tidak terhingga daripada ibu saya. Selanjutnya, anda sentiasa boleh Google tentang saya.
6. SIAPA YANG MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANDA UNTUK MENJADI DIRI ANDA HARI INI?
Saya mempunyai banyak mentor yang berbeza dalam hidup saya. Apabila masa beerlalu, saya temui mentor yang baharu. Ibu bapa saya dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Rafidah Aziz adalah dua individu yang paling memberi inspirasi kepada saya sehingga hari ini.
7. BOLEHKAH ANDA KONGSIKAN APAKAH PENCAPAIAN TERBESAR ANDA SEBAGAI PEREKA FESYEN?
Being where I am today; dare to dream.
8. SEBAGAI IKON FESYEN DI MALAYSIA, APAKAH ANTARA PERKARA ATAU DETIK YANG PALING DIINGATI SEHINGGA HARI INI?
Beberapa detik yang paling tidak dapat dilupakan dalam hidup saya, salah satunya adalah ketika saya seorang pelajar ketika itu di Paris. Pada tahun 1991, saya memutuskan untuk menyertai ‘Open European Contest for Look of the Year 2000’ yang mana saya menang dan memecahkan rekod sebagai orang bukan Eropah pertama memenangi gelaran yang diidamkan.
Detik kedua yang paling diingati ialah pada usia 38 tahun apabila saya dianugerahkan gelaran sebagai pengiktirafan atas kerja saya dalam industri fesyen, saya dikurniakan pingat “Darjah Indera Mahkota Pahang” oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang, dengan membawa gelaran Dato’ dan pada tahun 2016 saya telah dikurniakan “Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang” juga oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang, dengan membawa gelaran Dato’ Sri.
9. SATU NASIHAT YANG INGIN ANDA KONGSIKAN KEPADA GENERASI BARU YANG INGIN MENJADI PEREKA FESYEN SEPERTI ANDA?
Percaya pada apa yang anda lakukan! Re-work, re-work and re-work! Usah risau tentang kemasyhuran dan kekayaan, ia akan datang sendiri.
10. APAKAH HARAPAN DAN IMPIAN ANDA UNTUK INDUSTRI FESYEN DI MALAYSIA?
To have more of me.
11. APA YANG SETERUSNYA UNTUK DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN?
Surprise!
PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL AMIRA AZMAN PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN HISHAM FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE JBOMBXOX & SIMON TAN VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN TAUFIQ & AZEEM ANWAR GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)
Baca lebih lanjut: “TIDAK SEMUA LELAKI ADALAH CHAUVINISTIC” – BLINK #GLALPHAMEN2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VIRAL: GRADUAN PAKAI RAY-BAN META DI KONVOKESYEN, INI SEBAB ANDA PERLU ADA SEPASANG!
Ray-Ban Meta menggabungkan teknologi boleh pakai terkini dengan reka bentuk asli Ray-Ban untuk memastikan anda sentiasa berhubung di mana sahaja
COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Destinasi Eksperiensial Unik Coach Play APW bukan sekadar butik; ia adalah kedai konsep eksperiensial yang merangkumi seni kraftangan dan inovasi jenama Coach. Terinspirasi oleh semangat New York dan elemen gaya hidup moden Kuala Lumpur, Coach Play APW menghidangkan pengalaman visual dan interaktif yang meraikan warisan dan ekspresi seni—menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta fesyen…
CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN
Ketahui cara mudah menjaga rambut beruban agar tampak lebih sihat dan elegan. Dapatkan tips tentang syampu, produk terbaik, dan gaya rambut
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.
10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI
Siapa sangka penggunaan mainan seks semakin diterima sebagai cara yang sah untuk meningkatkan kesihatan seksual dan kepuasan diri. Mainan seks bukan sahaja dicipta untuk wanita, lelaki juga dapat meraih banyak manfaat daripada penggunaannya. Berikut adalah 10 manfaat utama kesihatan menggunakan mainan seks untuk lelaki: 1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Penggunaan mainan seks membantu lelaki lebih memahami…