Skip to content

DAVID BECKHAM SANGGUP HODOH DEMI PROJEK TERBARU

Kongsikan artikel ini

Apa sudah jadi dengan wajah David Beckham? Kelmarin, bekas bintang bola sepak England itu mengejutkan para peminatnya dengan penampilan wajah baharu yang mengundang pelbagai spekulasi. Bintang bola sepak kacak itu telah berkongsi gambar dirinya yang tidak terurus, muka dibaluti kesan parut dan luka, rambut yang hampir botak serta gigi berwarna kuning di laman Instagramnya.

Rata-rata ramai yang memberi komen maklum balas yang terkejut dengan penampilan David Beckham itu. Maklumlah, jika sebelum ini David sentiasa tampil tampan dan menawan, tetapi lain pula kali ini. Antara komen-komen yang diberikan adalah “Tidak! Apa yang sudha terjadi pada wajah kamu?” tulis salah seorang peminatnya. Ada juga peminat yang mengutuk penampilan barunya itu, dan tidak lupa juga ada yang mendoakan agar dia cepat sembuh.

https://www.instagram.com/p/BSLzG2Khkne/?taken-by=davidbeckham

Menurut laporan portal The Sun, gambar berkenaan merupakan solekan Beckham untuk kemunculan projek khasnya dalam filem King Arthur yang diarah oleh pengarah terkenal, Guy Ritchie. Dalam filem ini, Beckham memainkan watak sebagai seorang pahlawan yang penuh emosi. Wah, ini bermaksud David Beckham akan menjadi seorang pelakon dan menambahkan satu lagi profesion baru dalam resumenya.

David Beckham bersama pengarah King Arthur, Guy Ritchie.

Khabarnya, filem King Arthur akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 11 May nanti. Sama-sama kita nantikan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026

SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ

7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ

Bacaan Lanjut
IKON Y2K SEBENAR, GAYA 2000'S DAVID BECKHAM

IKON Y2K SEBENAR, IMBAS GAYA 2000’S DAVID BECKHAM

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

Bacaan Lanjut
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut