DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Dolla Terus Mengukuhkan Populariti
Pencapaian ini tentunya menjadi kejayaan bermakna buat kumpulan yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Umum mengetahui MsMojo adalah saluran popular yang mengiktiraf artis berbakat dari seluruh dunia, juga yang memberi impak hebat dalam industri hiburan. Ia juga adalah salah satu saluran YouTube yang lahir dari saluran induk WatchMojo iaitu saluran video ulung berpusat di Kanada. Dengan lima juta pelanggan dan pengaruh besar, jumlah pengikut baru Dolla pastinya akan terus meningkat.
Ini bukanlah kejayaan pertama Dolla di peringkat antarabangsa. Dua tahun lalu mereka mengukir sejarah apabila dipaparkan pada papan digital ikonik Times Square New York menerusi kempen Equal untuk laman penstriman digital popular, Spotify. Kempen ini bertujuan memupuk kesaksamaan dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh pelosok dunia.
Pautan berkaitan: ‘SARJAN SYUKUR’ BUKA PELUANG SYAFIQ KYLE TEMBUSI PERSADA GLOBAL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DOLLA KEMBALI DENGAN “MWA” BAWA GELOMBANG BARU
DOLLA kembali dengan single terbaharu MWA yang tampil lebih berani, matang dan penuh tenaga membuktikan evolusi serta identiti baharu mereka.
RIP CURL X JANGGUTBEAR: STREETWEAR GAYA SURF
Ketahui kolaborasi Ripcurl x Janggutbear yang menghasilkan koleksi pakaian streetwear yang berinspirasikan jiwa lautan.
ALASAN MENGAPA SABHI SADDI NEKAD TINGGALKAN INDUSTRI HIBURAN
Tiada angin tiada ribut, Sabhi Saddi meluahkan hasratnya untuk bersara selepas lebih sedekad menceburkan diri dalam dunia seni.
LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.
Ketahui lapan wanita yang menjadi 'girl crush' GLAM Lelaki. Not just sexy, tetapi memiliki personaliti dan karakter yang cukup kuat.
ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024
Saban tahun, bulan Ogos tidak pernah gagal menghiburkan orang ramai dengan konsert berunsur patriotisme sempena bulan kemerdekaan.
CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar berdepan detik hitam dalam hidup apabila didakwa atas kesalahan memiliki bahan terlarang.