Skip to content

DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026

Kongsikan artikel ini

Dengan portfolio yang semakin mengukuh, Ridzman Zidaine dan Suganya membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia peragaan bukan hadir secara kebetulan, tetapi melalui kerja keras, ketekunan, dan strategi yang jelas. Ridzman Zidaine dan Suganya is the model of the moment!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

SUGANYA

Lima tahun melakar nama dalam industri peragaan di Malaysia, Suganya kini muncul sebagai figura yang berpengaruh dan menjadi buruan dalam dunia fesyen, baik di dalam mahupun luar negara. Buat julung kalinya, Suganya ditampilkan bersama Ridzman sebagai wajah hadapan isu Mac 2026 Volume 3. Pemenang Southeast Asia’s Icon Model 2025 ini hadir dengan pesona yang tenang dan menyenangkan. Temu bual berlangsung di sebuah kafe di Jalan Ipoh, usai penggambaran kempen raya — petang itu, dengan segelas jus pink guava  di hadapannya, Suganya menyambut saya mesra untuk sesi perbualan santai.   

Di sebalik wajah serius yang sering ditampilkan dalam kempen fesyen dan editorial, Suganya sebenarnya seorang yang spontan dan mesra apabila didekati. Minatnya terhadap dunia peragaan sudah berputik sejak zaman pengajian universiti, tetapi langkah awal kerjayanya penuh cabaran. Ketika pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020, impian itu terhenti seketika. Namun cita-cita untuk menceburi bidang peragaan tidak pernah pudar — sebaik sahaja sekatan pandemik dilonggarkan, pada hari yang sama Suganya terlihat satu posting casting call oleh The Models Lab KL. “The whole thing felt like a sign. Saya terus hadir dan mencuba, atas dorongan keluarga dan rakan-rakan. Today, saya merupakan salah seorang model di bawah naungan The Models Lab KL,” kongsinya.

Perjalanan kerjaya Suganya dalam industri peragawan di Malaysia kini kian memuncak. Hari ini, dia menjadi wajah kempen raya untuk pelbagai koleksi, antaranya Alia Bastamam, Yadotsa, Teh Firdaus, serta kamera Nikon — satu pencapaian yang mengukuhkan kedudukannya dalam landskap fesyen tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Metamorfosis kerjaya 

Titik permulaan yang kini menjadi sebahagian daripada sejarah hidupnya bermula selepas tahun kedua dalam bidang peragaan. Pada fasa inilah Suganya mula menerima jemputan daripada jenama-jenama mewah untuk menghadiri sesi casting bersama peragawati bertaraf antarabangsa lain — satu detik kesedaran bahawa namanya kini melangkah ke pentas global. “Saya dipilih sebagai model untuk koleksi majlis Louis Vuitton di Malaysia. Namun detik yang paling saya ingat adalah apabila dipilih ke Singapura bagi mewakili Malaysia untuk berjalan buat rumah fesyen Chanel. Di situlah saya benar-benar merasakan karier saya berada pada tahap yang berbeza,” katanya sambil mengimbau momen  tersebut.

Model yang sangat bertuah. Kini, wajahnya menghiasi hampir semua kempen koleksi raya  tempatan serta editorial majalah. Antara pencapaian yang paling mengagumkan adalah apabila wajahnya muncul di salah satu majalah ternama antarabangsa untuk edisi Thailand dan Filipina. “Saya tidak pernah menjalani penggambaran editorial atau menjadi wajah hadapan di luar negara. Pada awalnya, saya hanya muncul secara kumpulan, tetapi kini saya menjadi muka hadapan solo untuk majalah tersebut. I feel so honoured,”. Semasa sesi temu bual ini berlangsung, Suganya telah sah menjadi salah seorang peragawati di bawah agensi Amerika, Nomad MGT Agency, bermula Mac 2025.

Jam tangan J12 Kaliber 12.1, 38 mm bertatah berlian putih

Sebagai peragawati ‘in demand’ hari ini, perjalanan karier Suganya menjadi lebih mencabar. Dengan jadual yang padat, dia tetap berusaha mengekalkan gaya hidup sihat serta sentiasa berpikiran positif. Antara pengalaman paling diingatinya adalah ketika harus diterbangkan ke Bali, Indonesia untuk sesi penggambaran jenama pakaian resort. “Saya terpaksa mengatur semula jadual saya. Nasib baik saya jenis spontan, dan semuanya menjadi lebih mudah dengan bantuan pengurus saya yang sentiasa membantu saya dalam hal-hal seperti ini,” jelas Suganya.

Biarpun permintaan semakin meningkat, Suganya tetap berpegang pada pendirian yang kukuh untuk membuktikan bahawa dirinya mampu melangkah lebih jauh dalam karier peragaan. Oleh itu, saya bertanya bagaimana Suganya mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Suganya kekal positif, menganggap kerjayanya kini memberi kepuasan dan kebanggaan terhadap diri sendiri. “Saya menikmati setiap saat berada di set dan berasa bahagia dengannya. Saya berjumpa dan bekerja dengan orang baru, dan saya fikir, they choose you for a reason. Jadi saya perlu lebih konfiden dan sentiasa memberi yang terbaik,” jelasnya.

Dalam perjalanan kerjaya yang sedang memuncak, pastinya akan ada rasa ragu atau pertanyaan tentang masa depan. Suganya, yang kini sibuk di set penggambaran, berkata: “Saya pernah memikirkannya. Apabila sudah berada di tangga tertinggi, anda mula persoalkan diri sendiri tentang peluang yang ada — adakah ia akan kekal di sini sahaja atau boleh pergi lebih jauh? Saya selalu berkata pada diri sendiri, I will be the best version of me, tak kira di set dalam atau luar negara.”

RIDZMAN ZIDAINE

Melihat Ridzman Zidaine di pentas fesyen antarabangsa hari ini membuatkan saya sedar bahawa kehidupannya seolah-olah tiada batasan. Setiap langkahnya di pentas peragaan jenama mewah menyuntik rasa bangga buat setiap peminat fesyen di Malaysia, termasuk saya sendiri. Setelah lebih lima tahun berada dalam industri peragaan, dia kini bernaung di bawah empat agensi global utama iaitu NEXT, Soul Artist Management, Bravo Models, dan Top Boi Citizen. Kehadirannya di pentas peragaan serta papan iklan jenama mewah antarabangsa sentiasa dinanti-nantikan. Ridzman mempunyai impak yang tersendiri. 

suganya model

Jam tangan J12 Kaliber 12.2, 33 MM bertatah berlian hitam (suganya) & Jam tangan J12 Kaliber 12.1, 38 mm bertatah berlian putih (Ridzman)

Peluang temubual bersama Ridzman mencetuskan rasa teruja, terutamanya apabila membayangkan bagaimana dia membawa diri serta mengharumkan nama Malaysia di pentas peragaan berprestij dunia. Pada awal Januari lalu, saya menghubungi Jesh (pengurus Top Boi Citizen), yang bertindak sebagai perantara. Seminggu selepas pertunjukan musim luruh/sejuk 2026 Louis Vuitton di Paris, saya akhirnya berjaya meluangkan masa bersamanya secara virtual. Muncul di skrin dari bilik hotel dengan rambut yang kemas dan menyarung T-shirt putih bersiap buat sesi fitting usai temu bual, dia memulakan perbualan dengan gaya yang cukup bersahaja.

Impian untuk menjadi peragawan sudah bertapak di hati Ridzman sejak usia remaja. Dia tidak pernah merasa malu, malah sentiasa yakin dengan diri sendiri untuk membuka ruang mempelajari selok-belok bidang peragaan yang diidamkan. Walaupun pernah melalui fasa ditolak, malah berdepan rasa lapar dan kesunyian pada awal perantauannya, dia tetap kental dengan pendirian yang teguh. 

ridzman

Jam tangan J12 Kaliber 12.1, 38 mm warna hitam

Saya memulakan perbualan dengan bertanya siapa sebenarnya Ridzman di sebalik kamera dan spotlight? Dia membalas; “Dulu, saya cuma budak lelaki biasa yang ada impian nak jadi model fesyen. Saya selalu percaya dan bayangkan yang satu hari nanti, saya akan dapat peluang untuk tunjuk kenapa saya layak berada dalam big leagues. Sekarang, saya buat yang terbaik untuk kekalkan prestasi peragaan di tahap tertinggi, sambil bahagikan masa dengan pasaran saham, kereta, dan semestinya keluarga,”  jelasnya.

Di tengah kesibukan jadual pentas peragaan dan kempen fesyen ternama, Ridzman sering mencuri tumpuan di media sosial dengan gaya estetik Y2K yang menjadi kegemarannya. Malah, dia turut mengendalikan akaun Instagram @abit.ofritz, platform di mana dia mengekspresikan kreativiti sebagai stylist buat teman-temannya di sana. Melihat statusnya sebagai ikon gaya lelaki moden hari ini, saya sempat bertanya bagaimana dia mendefinisikan dirinya sendiri?  “Saya nampak diri saya sebagai seorang opportunist yang tidak pernah takut untuk pursue my dreams, walaupun terpaksa keluar dari comfort zone. People might label me as an influencer atau ikon gaya lelaki moden, tapi deep down, saya rasa saya memang unlike any other of those men,” ujarnya sambil tertawa.

Manifestasi Kerjaya

Setelah berjaya memperagakan hampir kesemua jenama mewah di bawah naungan rumah fesyen LVMH, Ridzman kini kian mendominasi dunia fesyen global. Malah, sukar untuk menjangka kempen besar apa lagi yang bakal menampilkan wajahnya selepas ini. Mengimbas kembali detik awal penglibatannya di luar negara, saya bertanya bilakah dia mula menyedari bahawa kariernya sedang memuncak? “Masa musim fashion week pertama saya di Eropah, saya berjaya buat 13 shows. Secara jujurnya, masa itu saya sedar yang pasaran antarabangsa sudah bersedia untuk menerima kehadiran saya. Saya rasa seperti, this is it! Pintu untuk saya tembus ke peringkat global sudah mula terbuka luas,” ceritanya. 

Dalam nada teruja, saya meneruskan perbualan tentang pengalaman pertamanya ke Eropah serta cabaran terbesar yang dihadapi. “Dulu saya cuma budak lelaki dengan impian besar. Benda yang paling mencabar adalah apabila saya perlu hadapi semuanya seorang diri, tetapi saya tetap keep my head up dan terus melangkah ke hadapan” jelasnya. Saya langsung meneruskan soalan seterusnya; bagaimana pula pengalaman pertama Ridzman ke Eropah dan apakah perkara yang paling mencabar pada ketika itu? “Dulu saya cuma budak lelaki dengan impian besar. Benda yang paling mencabar adalah bila saya kena hadapinya seorang diri, tetapi saya terus keep my head up dan tetap melangkah ke depan,” jelasnya. 

Pencapaiannya hari ini ternyata membuka mata barisan peragawan dan peragawati terutamanya di Malaysia untuk mengimpikan kejayaan yang sama. Bermula dengan langkah kecil, dia kini menjelma sebagai bintang yang sedang berada di puncak. Malah, Ridzman kini sekali lagi tersenarai dalam shortlist untuk minggu fesyen di Eropah. Hal ini membuatkan saya ingin tahu, apakah projek atau detik yang benar-benar mengubah cara dia melihat industri fesyen hari ini? “Fasa di mana saya dapat bekerja sebagai full-time intercontinental fashion model betul-betul membuka mata saya tentang apa sebenarnya industri fesyen ini. Ia sangat signifikan kerana memberi saya ruang untuk meneroka pelbagai peluang yang ada. Pengalaman itu banyak membuka pintu buat saya, terutamanya apabila ia membawa saya lebih dekat dengan The LVMH house,” kongsinya dalam nada terharu.

Melihat kepada kejayaannya di media sosial mahupun di papan iklan luar dan dalam negara, wajah Ridzman kini sering kali menjadi pilihan jenama mewah Louis Vuitton. Bermula daripada kolaborasi bersama Timberland sehinggalah kempen terbaru Le Voyage des Lumières bagi musim perayaan 2025, profilnya kian kukuh. Malah, dia turut diberi penghormatan sebagai salah seorang peragawan yang membuka pertunjukan fesyen musim panas 2026, serta memikul tanggungjawab sebagai penutup bagi musim luruh/sejuk 2026. Saya langsung bertanya, apakah perasaan dia kini menjadi figura penting dalam kempen dan pertunjukan fesyen bagi rumah fesyen Louis Vuitton? “Ia terasa seperti satu pengalaman out-of-this-world. Ia satu peranan yang sangat istimewa apabila diminta untuk menggalas tanggungjawab itu, dan saya memang loved every moment of it. Saya rasa sangat bangga dengan diri sendiri kerana berjaya mencapai semua itu, dan saya harap lebih ramai lagi anak muda Malaysia akan dapat merasai pengalaman yang sama juga,” jelasnya dengan nada teruja.

Perjalanan karier ini kini menjadi sebahagian daripada sejarah peribadi buat Ridzman. Biarpun bermula dengan tekanan serta ekspektasi yang tinggi daripada pelbagai rumah fesyen mewah, dia tetap menganggap setiap rintangan sebagai cabaran baharu. Kini, dia sentiasa bersedia untuk mendepani masa depan dengan jiwa yang lebih matang dan visi yang lebih jelas.

Baca temu bual penuh dengan mendapatkan GLAM Lelaki Mac 2026 Volume 3 edisi fizikal yang kini berada di pasaran. 

Artikel berkaitan: GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU JAZMY JUMA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut
zarif ghazzi khunsa

GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI

Bacaan Lanjut

JACOB ELORDI ANTARA SELEBRITI PALING BERGAYA 2025

Bacaan Lanjut
jemput dengar

KENALI JEMPUT DENGAR, MERAYAKAN MUZIK, GAYA & INSPIRASI MERENTAS GENERASI

Bacaan Lanjut

ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS

Bacaan Lanjut

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut