Skip to content

DONT WORRY DARLING HARRY STYLE DIDAKWA MELUDAH CHRIS PINE

DON’T WORRY DARLING: HARRY STYLES DIDAKWA MELUDAH CHRIS PINE?

Kongsikan artikel ini
1 of 2

SOHOR KINI HARRY STYLES MELUDAH CHRIS PINE KETIKA TAYANGAN PERDANA FILEM TERBARU MEREKA “DON’T WORRY DARLING”, WAKIL CHRIS PINE AKHIRNYA TAMPIL MEMBERI RESPON.

Jika anda telah melihat laman media sosial hari ini, anda mungkin perasan ramai yang bertanya sama ada Chris Pine telah diludah oleh Harry Styles ketika tayangan perdana filem “Don’t Worry Darling” di Festival Filem Antarabangsa Venice. Apa yang terjadi? Mengapa begitu ramai peminat yang kecewa dengan perkara ini? Dan, apakah yang akan berlaku dengan filem ini?

DONT WORRY DARLING HARRY STYLE DIDAKWA MELUDAH CHRIS PINE

Dari kiri: Olivia Wilde, Chris Pine, Harry Styles dan Gemma Chan. Foto: VITTORIO ZUNINO CELOTTO/GETTY IMAGES

Ini seperti satu spekulasi yang rumit. Semuanya bermula pada April 2020, apabila pengarah Olivia Wilde telah menawarkan Florence Pugh, Shia LaBeouf dan Chris Pine untuk berlakon dalam filem ngeri psikologinya, “Don’t Worry Darling”. Shia meninggalkan produksi, walaupun keadaan pemergiannya masih tidak jelas pada ketika itu. Watak itu kemudiannya dilakonkan semula oleh penyanyi popular, Harry Styles. Olivia Wilde dan penyanyi lagu hit “As It Was” itu pula kelihatan berpacaran selepas dia dan suaminya, pelakon, Jason Sudekis berpisah. Dikhabarkan hubungan sulit mereka bermula di set, sebelum berita perceraiannya diketahui umum.

Plot semakin rumit apabila Florence Pugh, biasanya yang sangat riuh di media sosial, langsung tidak mempromosikan filem itu lantas membuatkan peminatnya berasa sebagai ganjil. Peminatnya mula berteori bahawa Florence berasa marah dengan Olivia Wilde, seperti di Instagram yang menyaksikan dia hanya memuji krew produksi, tanpa menyebut nama Olivia secara individu.

1 of 2

By Ameerul Hamzah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG HOLLYWOOD POPULAR

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

Bacaan Lanjut