DUA TAHUN BERPISAH DENGAN HARRY STYLES, OLIVIA WILDE TAYANG KEKASIH BARU
Selepas Sofia Vergara memberi bayangan bercinta dengan Lewis Hamilton, kini giliran Olivia Wilde pula memperkenalkan teman lelaki barunya kepada dunia.
Baru-baru ini aktres dan pengarah itu dilihat meluangkan masa bersama aktor Dane DiLiegro pada perlawanan Los Angeles Lakers. Kedua-duanya kelihatan gembira kala menyaksikan pasukan tuan rumah menentang Boston Celtics di Crypto.com Arena.
Olivia tampil kasual dalam baju panas berwarna putih yang dipadankan bersama topi LA Dodgers merah pulasan dan celana denim. Bekas pemain bola keranjang itu turut menggayakan persalinan kasual dalam rona serba gelap.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(749x298:751x300)/olivia-wilde-dane-diliegro-los-angeles-lakers-boston-celtics-012425-1-71f86f6ff3a1448495fe6446f26d0e3e.jpg)
Foto: Getty Images

Foto: Getty Images

Foto: Getty Images
Pasangan itu dilihat bersandar pada tubuh satu sama lain dan tertawa riang kala menyaksikan perlawanan yang dimenangi Lakers dengan mata 117-96. Bagaimanapun mereka bijak menyembunyikan perhubungan dengan tidak menayang kemesraan secara terbuka.
Olivia Wilde Pilih Bahagia
Pengarah Booksmart itu tidak mendedahkan perhubungannya kepada umum sejak melalui perpisahan perit dengan pelantun As It Was, Harry Styles.
Pasangan itu bertemu pada penghujung tahun 2020 selepas Olivia menawarkan watak utama kepada Harry untuk filem arahannya Don’t Worry Darling. Bagaimanapun mereka berpisah pada November 2022 berikutan jelajah promosi filem yang penuh publisiti dan skandal.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(453x223:455x225)/olivia-wilde-a6c25c6affdb4eccb155eca8e63ae9ab.jpg)
Foto: Getty Images
Sebelum menjalin hubungan dengan Harry, Olivia berkongsi hidup selama sembilan tahun dengan Jason Sudeikis dan memiliki dua anak bersama, Otis dan Daisy.
Tidak banyak yang diketahui tentang sejarah percintaan Dane namun ramai beranggapan dia dan Olivia bertemu di perlawanan bola keranjang, memandangkan Dane pernah bermain sukan itu secara profesional selama lapan tahun di Itali.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: LUANG MASA BERSAMA, SOFIA VERGARA & LEWIS HAMILTON DILAMUN CINTA?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM
Hampir sepuluh tahun menjalani kehidupan tanpa kehadiran isteri di sisi, Justin Theroux akhirnya kembali bergelar suami.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.
KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER
Baru sebulan berpisah dengan Austin Butler, Kaia Gerber dilaporkan telah pun memiliki kekasih baharu yang juga aktor popular.