DRAKE ALAMI KESAN SAMPINGAN LUAR BIASA AKIBAT JANGKITAN COVID-19
Drake dikenali sebagai salah seorang penyanyi metroseksual Hollywood yang bijak menjaga penampilan. Justeru masalah kesihatan yang dihidapinya kini pasti membuatkan hatinya gundah-gulana.
Minggu lalu, Drake mendedahkan simptom mengejutkan yang dialaminya selepas dijangkiti coronavirus. Seorang peminat berkongsi foto garisan rambut penyanyi tersebut yang berbentuk hati di Instagram, serta foto terkini yang menunjukkan sebahagian daripadanya telah hilang.
Tertulis di ruangan kapsyen, “Hati itu sedang tertekan.” Pelantun lagi Hotline Bling itu kemudian membalas, “Saya menghidap Covid-19 sebelum ini, rambut saya menjadi pelik. Ia akan tumbuh kembali, jadi jangan mengkritik,” tulisnya berserta emoji ketawa.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN
Ada kalanya sebagai pelakon, muncul di set penggambaran diibaratkan seperti meletakkan nyawa di hujung tanduk.
EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU
Tular sebuah treler yang menunjukkan seorang wartawan jenayah palsu mengumumkan kematian alter-ego penyanyi itu, Slim Shady.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI
Anda mempunyai masalah rambut gugur? GLAM LELAKI membariskan 5 syampu terbaik untuk mengurangkan masalah rambut gugur yang membimbangkan di kalangan lelaki apabila semakin meningkat umur.
7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK
Kepala botak seringkali menjadi masalah kepada lelaki apabila usia semakin meningkat. Ketahui tanda-tanda rambut semakin menipis dan cara elakkannya.