Skip to content

A BATHING APE X ASICS

DROP TERBARU KOLEKSI A BATHING APE X ASICS!

Kongsikan artikel ini

Para pecinta sneakers, satu lagi drop paling terbaru perlu anda ambil tahu adalah koleksi kasut A Bathing Ape x Asics. Pada 22 Ogos, kolekis ini sudah mula menjengah di butik  online kedua-dua jenama ini. Kasut Asics GEL-1090 yang diperkenalkan pada awal dekad 2000 menjadi pilihan dua jenama ini untuk dilahirkan semula. Diperkasa dengan teknologi pembuatan kasut oleh Asics, permukaannya pula diberi sentuhan unik oleh Bape.

A BATHING APE X ASICS

Bape memilih kasut lari GEL-1090 dengan mengindahkan permukaan kasut dengan idea daripadaa Harajuku pada lewat dekad 2000. Ia menggambarkan momen fesyen yang eksentrik. Kasut GEL-1090 yang terkenal dengan perincian cakaran digubah dalam rona terang dan berbalas corak cloud camo yang cukup sinonim buat Bape. Koleksi A Bathing Ape x Asics terus menerajui seni teknologi kusyen, buat pasaran baru dan moden.

Peminat dua jenama ini pasti jatuh hati dengan peletakan logo yang memewahkan kolaborasi kasut ini. Sisi kasut pula ada motif harimau yang memnajdi ikon buat BAPE. Pada lidah kasut disertakan logo Asics Spiral yang diubah seakan bentuk harimau sebagai tanda penghargaannya pada karikatur ikonik Bape. Ini bukanlah kali pertama Bape dan Asics bergabung tenaga. Kali pertama kolaborasi antara mereka adalah pada 2015 buat kasut GEL-Kayano trainers.

PAUTAN BERKENAAN: COACH LANCARKAN “WITH FRIENDS”, DIALOG POSITIF BERSAMA SAHABAT

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

Bacaan Lanjut
10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023

10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
NCT 127 Puma Slipstream

KASUT SNIKER PILIHAN KUMPULAN K-POP, NCT 127

Bacaan Lanjut
10 SNEAKER LELAKI PALING BERGAYA UNTUK KEGUNAAN HARIAN

10 SNEAKER LELAKI PALING BERGAYA UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Bacaan Lanjut

ART IN MOTION: SNIKER IKONIK ASICS SPORTSTYLE BERSAMA ARTIS SENI ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut
GL Horologi.Met Gala 2021

GL Horologi; Arloji di Karpet Merah Met Gala 2021

Bacaan Lanjut