ED SHEERAN BAKAL JADI PELAKON
Say what! Ed Sheeran, penyanyi berusia 26 tahun yang kini popular dengan lagu Shape of You bakal menjadi seorang pelakon? Ya, Ed Sheeran dikhabarkan bakal menjadi seorang pelakon selepas beliau bersetuju untuk tampil sebagai kameo di dalam siti tv hit popular, Game of Thrones (GOT) untuk musim akan datang.
Berita mengejutkan ini disampaikan sendiri sewaktu diskusi panel yang diadakan baru-baru ini dan ia diumumkan sendiri oleh para penerbit pelakon GOT, iaitu David Benioff dan D.B. Weiss, serta dihadiri Maisie Williams dan Sophie Turner, sewaktu sidang SXSW di Austin, Texas.
Khabarnya, sudah lama pihak produksi inginkan Ed Sheeran untuk muncul dalam siri popular ini, dan kali ini ianya bakal menjadi kenyataan. Sheeran sudah pun memulakan pengambaran sejak tahun lepas, dan para penonton bakal melihat sendiri keupayaan Ed dalam musim ketujuh akan datang. GOT bakal ditayangkan di saluran Foxtel pada 16 Julai nanti.
Game Of Thrones sudah bersiaran selama 6 musim dan ia dibintangi oleh Kit Harrington, Jack Gleeson dan ramai-ramai lagi. Tidak sabar rasanya kami untuk menyaksikan Ed Sheeran beraksi di hadapan kamera!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.













