19. Antara kenangan paling diingati tentang Sultan Muhammad V sepanjang pemerintahannya adalah jenaka dan usikan baginda ketika memulakan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Julai lalu.
“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari,” titah baginda yang disambut dengan gelak ketawa Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat.