FAZURA & AHMAD DHANI BAKAL TAMPIL DENGAN LAGU BERUNSUR KETUHANAN
Aktres serba boleh, Fazura mengikut jejak langkah suaminya, Fattah Amin dengan melancarkan lagu berkonsep kerohanian.
Diberi judul Jika Cinta Allah, ia merupakan ciptaan penyanyi dan komposer tersohor dari Indonesia, Ahmad Dhani. Hakikatnya lagu tersebut telah pun dirakam dan dinyanyikan oleh vokalis kumpulan Dewa itu pada 2021. Ia kemudiannya digubah dan disuntik nafas baru untuk diberikan kepada Fazura.

Foto: Instagram
“Ahmad Dhani berjanji untuk hasilkan sebuah lagu buat saya. Sebenarnya sudah ada pun. Lagu itu dah rakam lama sebab itu lagu Ahmad Dhani sendiri, kemudian digubah semula untuk saya. Tajuknya Jika Cinta Allah. Bila dengar lagu itu saya jatuh cinta dengan lirik dan melodinya. Ini merupakan kolaborasi pertama saya dengan Ahmad Dhani,” jelasnya.
Mengikut perancangan, Jika Cinta Allah sepatutnya dilancarkan sewaktu konsert Faztival Fazura tahun lalu, bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian. Ia akan dilancarkan pada September ini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA
Watak ikonik dalam filem romantik komedi Malaysia menjadi daya tarikan kerana bukan sahaja menghiburkan, malah dekat dengan jiwa penonton.
GAYA SELEBRITI DI KLFW 25: HIT OR MISS?
Lihat himpunan gaya selebriti di KLFW 2025 dari busana memukau hingga eksperimen fesyen berani. Hit atau miss? Kami ulas semuanya di sini.
PERAHU KERTAS: PELAYARAN EMOSI DALAM FESYEN ALAMI.
Perahu Kertas oleh Hatta Dolmat meraikan 10 tahun bersama KLFW & 20 tahun dalam fesyen, menampilkan koleksi penuh emosi dalam fesyen lestari.
THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023
Untuk edisi digital September 2023, GLAM Lelaki mempersembahkan pelakon kacak penuh bakat, Fattah Amin yang sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya dan juga kehidupannya sebagai seorang suami serta bapa.
SUGA BTS & HALSEY JALIN KERJASAMA BUAT KALI KETIGA
Kolaborasi melibatkan penyanyi dari dua benua, Halsey dan Suga BTS tidak pernah gagal mengujakan peminat.
SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU
Hampir dua dekad bergelar pelakon, Fazura mengambil satu langkah ke hadapan dengan mencuba bidang pengarahan.