JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3
Selepas dua dekad, Jennifer Garner akan menghidupkan kembali peranan ikoniknya sebagai Elektra dalam filem terbaru Marvel Studios.
Jennifer Garner muncul sebagai Elektra Natchios buat kali pertama dalam filem Daredevil pada 2003 di samping bekas suaminya, Ben Affleck. Dia kemudiannya tampil sebagai watak utama dalam filem Elektra pada 2005, bagaimanapun ia gagal mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.
Dalam satu temu bual pada 2021, aktres berusia 51 tahun itu berkongsi harapan untuk menjalin kerjasama dengan Marvel Cinematic Universe (MCU). Katanya, dia amat teruja jika filem lakonanya sebelum ini, Daredevil dan Elektra menjadi sebahagian daripada MCU di bawah bimbingan Kevin Feige. Dia turut memuji kualiti penceritaan, penulisan, arahan dan elemen komedi yang dibawa Presiden Marvel Studios itu ke dalam MCU.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024
Tahun 2024 ternyata memberi kepuasan kepada para penonton dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.
DARI FORREST GUMP KE HERE, TOM HANKS & ROBIN WRIGHT KEMBALI BERSATU SELEPAS TIGA DEKAD
Selepas 30 tahun menjayakan filem pecah panggung Forrest Gump, teraju utama Tom Hanks dan Robin Wright berkongsi skrin yang sama sekali lagi.
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024
Tahun 2024 teryata memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat dan menghiburkan.
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024
Tahun 2024 teryata memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat dan menghiburkan.
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024
Tahun ini barisan filem menarik dari pelbagai genre akan menemui penonton. Bukan saja naskah baru dan prekuel, tetapi juga sekuel yang telah lama ditunggu-tunggu.
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS
Sekumpulan adi wira baru, Thunderbolts sedang berhimpun di Marvel Cinematic Universe dan bakal membuat kemunculan tidak lama lagi.