Skip to content

FAZZIQ MUQRIS, KONGSI TIPS & BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERSEMANGAT DAN KONSISTEN (PART 1)

Kongsikan artikel ini

FAZZIQ MUQRIS KINI LEBIH DIKENALI SEBAGAI PENYAMPAI RADIO ERA DAN AKAN MUNCUL DALAM FILEM KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL, DISAMPING PELAKON LAIN, SEPERTI AMIR AHNAF DAN AEDY ASHRAF. TAHUN INI, FAZZIQ TERBUKTI BERJAYA MENTRANSFORMASIKAN DIRI DENGAN BENTUK BADAN YANG FIT LAGI IDEAL DAN TERNYATA PERUBAHAN TERSEBUT TELAH MEMBAWA DIRINYA KE FASA YANG BAHARU. 

BAGAIMANAKAH BOLEH TIMBUL KESEDARAN FAZZIQ UNTUK MENDAPAT BENTUK BADAN YANG FIT? 

Sebenarnya Fazziq gembira dapat berlakon dalam projek Kahar: Kapla High Council ini. Selepas menerima tawaran berlakon dari abang Anwari Ashraf dan abang Razaisyam, Fazziq terus rasa untuk buat badan. “Okay aku kena buat badan, aku nak inspirasikan diri aku supaya aku ada transformasi. Form 5 orang tengok aku sebu tetapi form 4 orang tengok aku budak atlet. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazziq Muqris (@fazziqmuqris)

Dalam satu perbualan saya bersama abang Razaisyam, dia bercakap, “Abang nak buatkan cerita macam mana Zahrin ni build masuk dalam project High Council semua.” Katanya lagi, “Tapi abang nak engkau kalau boleh fit sikit, sebab fight engkau panjang ni.” Fazziq pun jawab, “okay let’s go kita try buat.” Selepas itu, setelah meeting semua, idea untuk dapatkan bentuk badan itu timbul apabila Aedy Ashraf akan memainkan watak ‘Beja’. 

Kemudian, abang Razaisyam cakap, “banyak benda kau kena buat ni. Semua seorang-orang kena tunjuk badan. Dan Fazziq paling banyak. Sebab Fazziq paling last tunjuk gambar, tunjuk badan masa itu ada lima orang dan Fazziq paling last,” Aedy pun tambah, “kita boleh settlekan, benda ni boleh je dalam beberapa bulan je.”

Alhamdulillah samapai sekarang masih maintain dan sejak 2 April 2024 bersamaan 2 Syawal, Fazziq mula kan diet dan bersenam kerana Fazziq nak kekal macam ini supaya ada benda kebaikan kepada diri Fazziq. 

KONGSIKAN TIPS PEMAKANAN YANG FAZZIQ AMALKAN?

Fazziq akan kongsikan pengambilan makanan yang adil. Makanan adalah benda yang paling susah kerana ia adalah musuh manusia dan kita tidak boleh kata tidak atau tidak kisahlah makanan itu sedap ke tidak sedap ke. Tetapi, kalau sudah hidang depan mata kita confirm orang akan makan tidak kisah macam mana. 

Tapi, bagi Fazziq, Fazziq just nak beritahu macam mana kalau dekat dunia ni jahatnya adalah makanan. 

Orang biasa cakap, “ehh kau kena pergi gum, kena pergi gym.” Tapi, sebenarnya pemakanan kita yang menjaga kita punya nutrien dalam badan. Then of course, sampai sekarang jugalah Fazziq amalkan calorie deficit, fasted cardio, Fazziq train setiap hari selepas kerja, dari pukul 10 pagi sampai 1 tengah hari. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazziq Muqris (@fazziqmuqris)

Contohnya kalau hari Isnin, Fazziq buat chest, hari Selasa buat back prolongue sampai hari Sabtu. Hari Ahad Fazziq akan recovery, tetapi recovery Fazziq lain sebab awal pagi Fazziq akan bangun, Fazziq akan buat 100 push up, 100 sit up. Dan selebihnya Fazziq akan buat skipping dalam 1000 kali. Cara lain, Fazziq akan berjalan dalam 3 kilometer dalam kawasan rumah atau melakukan aktiviti dengan kawan-kawan. 

Dan kalau cerita fasal minum air, Fazziq sebenarnya sudah dua tahun, bermulanya daripada hujung tahun 2022, Fazziq minum air kosong sahaja. Jadi Fazziq tidak lagi minum teh o ais ke, air manis ke. Kalau minum kopi tanpa susu. Fazziq akan minum air ais americano, ice black ataupun apa-apa coffee yang tiada gula. Memang pure black coffee. Fazziq seorang pencinta kopi, so Alhamdulillah benda itu benda bagus. 

BILA FAZZIQ MULA ‘CUT DOWN’ MAKANAN?

So, Fazziq nak kongsikan tips Fazziq bermulanya pada Syawal kedua, yang mana dia orang cakap nanti mereka akan sediakan makanan dan prep meal semua, so bayangkan Fazziq bila time raya pertama, Fazziq makan seperti biasa dengan keluarga Fazziq. Seronok makan lemang, makan rendang tapi dalam otak sudah mula fikir yang aku dah kena start diet ni, aku dah tak boleh makan macam biasa. Fazziq kena avoid. Dan bila ada mindset seperti itu, mula rasa macam okay dah boleh cut. 

Dan seminggu selepas itu, Syawal kedua mula start untuk cut down makanan. Makan seperti biasa, contohnya daripada Fazziq ambil tambah nasi, atau tambah lauk ke, Fazziq ambil satu portion sahaja. Selepas makan satu meal, tidak lagi ambil second round. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazziq Muqris (@fazziqmuqris)

Pelatih Fazziq pada masa itu iaitu Ijam, adalah seorang coach yang mengajar. Ijam merupakan seorang peninju dan dia ajar saya gym, dia ajar saya choreo dan dia adalah seorang choreographer untuk Kahar Kapla High Council. Dia beritahu Fazziq yang saya perlu lakukan fizikal calorie deficit 1500 daripada 2000 lebih ke 1500. Oleh itu, Fazziq mula makan oat kosong untuk makan tengah hari, makan dada ayam, sayur pula portion yang sikit. Dan yang lain seperti kentang, ataupun sweet potato. Nasi pula, memang kalau mengikut tapak tangan itu, ambillah setengah daripada saiz tapak tangan. Perlu banyakkan protein. 

Untuk makan malam pula, seperti contoh kita makan spaghetti pun separuh daripada saiz tapak tangan kita. Dan lagi, jika mereka sediakan meatball memang homemade meatball yang sihat. Meatball ayam, tiada beef meatball. Lagi, sayur brokoli, cauliflower. Lepas itu, boleh katakan makan kacang, misalnya edamame. Untuk snacking, makan kacang edamame kering dan banyak lagi. Semua itu bawah 1500 atau lebih sedikit. 

Dari berat badan 73 kg, Fazziq try cut lagi dari 73 turun ke 71, dan bertambah semangat lagi dan konsisten, berat badan Fazziq turun 5 kg lagi. Bila dah cut sampai 1200 sehari, Fazziq akan ke gim pula, yang mana akan start dengan cardio. 

Seterusnya, Fazzia mula melakukan weight. Buat lagi cardio, yang mana kita orang buat choreography, which is kita orang buat boxing. Fazziq lebih kepada boxing. Fazziq punya karakter adalah peninju dan saya kita dalam sehari Fazziq boleh hilang 1000 kalori. 

So Fazziq makan dalam 1200 kalori, kemudian Fazziq reload 200 sahaja dekat diri Fazziq. Fazziq tambah kalori 200  sahaja. So memang dekat situ Fazziq boleh nampak progress yang banyak. 

Untuk syuting, Fazziq ambil air suling which is distilled water 2 weeks before masuk set. Fazziq minum dan Alhamdulilah time masuk set, berat badan Fazziq adalah 62 kg daripada 73 kg. Sekarang ini maintain 62, 61, 63.  

And ofcourse tips dia adalah korang nak diet, korang nak makan make sure korang tahu  portion korang, korang tahu apa nutrien yang korang ambil- seperti minyak, gula adalah adik-beradik  paling jahat dalam dunia ni, lagi-lagi minyak dan sebenarnya gula. Gula paling jahat adalah  processed bukan dari tebu atau madu asli.  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazziq Muqris (@fazziqmuqris)

GULA ADALAH BENDA PALING JAHAT SEKALI…

Gula adalah benda paling jahat sekali. Dan minyak. Kalau boleh elak makan makanan yang terlalu bemintay. Contoh, goreng pisang dan makanan lain yang bergoreng. Ayam goreng jangan makan selalu dan ‘fast food’ cuba elak kerana kandungan sodium yang tinggi. Jadi itulah, tips Fazziq untuk jaga pengambilan makanan. Memang penat dalam seminggu, dua minggu, sebulan mental memang sakit. Tetapi ia adalah berbaloi untuk kita. 

Artikel berkaitan: IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

#CHALLORUN, GLAM LELAKI SENARAIKAN LIMA CHALLO BOYS BERTUBUH PALING FIT, SIAPA DI TEMPAT PERTAMA?

Bacaan Lanjut

“ERTI SEBENAR DI SEBALIK MENJADI SEORANG LELAKI SEJATI” – THOMPSON GOH #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut
Kahar Kapla High Council

KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
Hugo Malaysia

ACARA EKSKLUSIF PERSEMBAHAN KOLEKSI TERBAHARU HUGO BERSAMA GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
projek high council

7 STAIL FESYEN PELAKON ‘PROJEK: HIGH COUNCIL’ YANG BOLEH JADI RUJUKAN LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut