Skip to content

FOTO ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI

FOTO ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI

Kongsikan artikel ini

Dua bulan selepas berlangsungnya istiadat perkahwinan Tengku Puteri Afzan, Istana Abdulaziz meraikan satu lagi pasangan mempelai. Pasangan yang dimaksudkan adalah Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 24 Oktober jam 8.50 malam di Balai Mahkota. Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

FOTO PERKAHWINAN TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR TENGKU NATASYA PUTERI

FOTO PERKAHWINAN TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR TENGKU NATASYA PUTERI

FOTO PERKAHWINAN TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR TENGKU NATASYA PUTERI

Majlis istiadat itu disaksikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat adalah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, paduka kakanda dan adinda Tengku Muhammad serta kerabat Diraja Pahang.

Barisan tetamu termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Istiadat Akad Nikah Tengku Muhammad Iskandar & Isteri

Pasangan mempelai tampil begitu berseri dalam persalinan serba putih. Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah pula segak dan anggun dalam persalinan rona hijau, sedondon dengan paduka-paduka anakanda.

FOTO PERKAHWINAN TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR TENGKU NATASYA PUTERI

Mungkin imej 10 orang, perkahwinan dan dais

Usai akad nikah pengantin lelaki diiringi ke untuk menunaikan solat sunat. Majlis diteruskan dengan penyerahan mas kahwin iaitu senaskhah Al-Quran kepada Tengku Natasya yang duduk di atas pelamin.

Kemudian berlangsungnya Majlis Menyarung Cincin Perkahwinan oleh raja dan ratu sehari. Diikuti dengan istiadat merenjis yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah danTengku Hassanal. Ibu bapa pengantin perempuan, Tengku Adnan dan Datin Seri Anggraini Sentiyaki turut merenjis pasangan mempelai.

Istiadat perkahwinan Diraja akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada hari Jumaat, 25 Oktober. Ini diikuti dengan Istiadat Persandingan Diraja pada hari Ahad, 27 Oktober.

Kedua-dua istiadat akan diadakan pada jam 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar. Satu bertempat di Padang Bandaraya Kuantan (MBK) 1 manakala satu lagi di Dataran Muzium Diraja, Pekan.

 

Pautan berkaitan: FOTO SEKITAR ISTIADAT PERKAHWINAN TENGKU PUTERI AFZAN & FD IDZHAM

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI DIRAI DALAM ISTIADAT PERKAHWINAN TIGA HARI

TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI DIRAI DALAM ISTIADAT PERKAHWINAN TIGA HARI

Bacaan Lanjut
FOTO SEKITAR ISTIADAT PERKAHWINAN TENGKU PUTERI AFZAN & FD IDZHAM

FOTO SEKITAR ISTIADAT PERKAHWINAN TENGKU PUTERI AFZAN & FD IDZHAM

Bacaan Lanjut
FD Idzham FD Iskandar

KENALI BAKAL SUAMI YAM TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH

Bacaan Lanjut