FOTO ISTIADAT PERSANDINGAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI
Tanggal 27 Oktober 2024 menyaksikan Istiadat Persandingan antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan cinta hatinya, YM Tengku Natasya Puteri.
Acara yang dinanti-nantikan rakyat jelata ini berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota Istana Abdulaziz, Kuantan. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta paduka-paduka adinda termasuk kerabat bergelar.
Seramai 16 Jejawat Lilin (pembantu istana) masuk ke Balai Mahkota. Ini diikuti dengan Tengku Natasya yang tampil anggun dalam busana rona putih dengan kilauan hiasan tepat jam 8.40 malam.
Tengku Muhammad kemudiannya dibawa masuk ke Balai Mahkota bersama Sirih Lat-Lat. Ia diserahkan kepada Tengku Natasya sebagai tanda bermulanya Istiadat Bersanding.
Istiadat Persandingan Meriah Dengan Tradisi
Acara ini dimulakan dengan istiadat menyuap nasi semangat atau pulut kuning kepada pasangan pengantin oleh kekanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Dato’ Sri Hajah Tengku Muhaini.
Al-Sultan Abdullah berkenan memulakan istiadat merenjis pasangan pengantin diikuti Tunku Azizah, Sultanah Nur Zahirahs, Tengku Hassanal serta beberapa tetamu kehormat.
Istiadat Persandingan diakhiri dengan upacara meletak Pancabicara atau peralatan yang digunakan dalam istiadat perkahwinan serta istiadat-istiadat Diraja yang lain oleh Al-Sultan Abdullah di atas kepala pasangan pengantin.
Keberkatan istiadat persandingan yang berlangsung dipohon melalui bacaan doa oleh Mufti Pahang Professor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim. Pasangan mempelai kemudiannya Balai Mahkota untuk sesi bergambar di Balai Panglima.
Pasangan Pengantin Diraja kemudiannya menuju ke Balai Bendahara bagi majlis memotong kek dan menikmati jamuan makan bersama jemputan.
Istimewanya, semua hadirin dijamu dengan menu-menu tradisional negeri Pahang. Ini termasuk Patin Buah Tempoyak, Ayam Kampung Asam Rom dan Ayam Kampung Gulai Tempoyak. Tidak lupa juga Ikan Pekasam Pahang, Sambal Peda, Daging Pacak, Bubur Murai dan Aiskrim CheMinahSayang.
Sumber: Istanapahang.my
Pautan berkaitan: FOTO ISTIADAT BERINAI PASANGAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FOTO ISTIADAT BERINAI PASANGAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI
Selepas sehari diijabkabulkan, pasangan Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan diraikan dalam Istiadat Berinai sarat warna dan tradisi.
FOTO ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI
Tanggal 24 Oktober 2024 menyaksikan penyatuan dua hati antara Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar bersama wanita pilihan hatinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI DIRAI DALAM ISTIADAT PERKAHWINAN TIGA HARI
Dua bulan selepas berlangsungnya istiadat perkahwinan Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham, Istana Azdulaziz akan meraikan satu lagi pasangan mempelai iaitu Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri.
FOTO SEKITAR ISTIADAT PERKAHWINAN TENGKU PUTERI AFZAN & FD IDZHAM
Tanggal 22 Ogos 2024 menyaksikan penyatuan dua hati antara Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan jejaka pilihan hatinya, FD Idzham FD Iskandar.
KENALI BAKAL SUAMI YAM TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH
Istiadat Perkahwinan Diraja, FD Idzham dan pasangan cinta hatinya Tengku Puteri Afzan berlangsung dari 22 hingga 25 Ogos.