Skip to content

FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN

FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN

Kongsikan artikel ini

Bintang Hollywood, Tom Cruise dan Ana de Armas sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuat penampilan kedua bersama di tempat awam.

Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter. Dalam foto yang dikongsi, kedua-duanya dilihat dalam keadaan gembira.

Tom kelihatan bersemangat dan teruja bersembang dengan para pekerja manakala Ana hanya memerhati dan tersenyum girang di sisinya.

Tom Cruise Ana de Armas

Foto: Backgrid

Tom Cruise Ana de Armas

Foto: Backgrid

Foto: Backgrid

Aktor berusia 62 tahun itu menggayakan kemeja berwarna coklat yang dipadankan dengan celana denim. Bintang Cuba berusia 36 tahun itu pula tampil bersahaja dalam kemeja-T putih, kot hitam dan celana sedondon.

Tom Cruise & Ana De Armas Power Couple Hollywood Terbaru?

Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya dirakam bersama. Pasangan itu mencetuskan spekulasi percintaan selepas meluangkan masa bersama di London bulan lalu.

Menerusi foto yang tular di media sosial, pasangan itu dilihat menikmati makan malam di sebuah restoran mewah. Menurut laporan Daily Mail, foto tersebut dirakam pada Hari Kekasih, 14 Februari lalu.

Kemunculan pasangan itu menarik perhatian orang ramai yang mengerumuni mereka untuk merakam gambar. Tom dan Ana juga tidak lokek meluangkan masa bersembang santai bersama peminat. Pasangan itu kemudiannya meninggalkan kawasan restoran menaiki teksi bersama beberapa bungkusan makanan.

 

Foto: US Weekly

Pautan berkaitan: TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT

KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT

Bacaan Lanjut
AKSI LINCAH ANA DE ARMAS DALAM TRELER KEDUA THE WORLD OF JOHN WICK: BALLERINA

AKSI LINCAH ANA DE ARMAS DALAM TRELER KEDUA THE WORLD OF JOHN WICK: BALLERINA

Bacaan Lanjut
JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM

JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM

Bacaan Lanjut
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER

GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER

Bacaan Lanjut
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

Bacaan Lanjut
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

Bacaan Lanjut