FRANK LEE, MODEL BARU MESTI KENALI
GLAM Lelaki mendekati model generasi baharu, Frank Lee. Bagi yang kurang mengenalinya, dia baru sahaja memulakan langkah sebagai model dan semakin giat mereka kandungan digital di media sosial.
KONGSI SEDIKIT TENTANG PERJALANAN ANDA KE DALAM INDUSTRI MODELLING DAN KOMERSIAL? APA YANG MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANDA UNTUK BERMULA?
Sebelum ini, saya tidak mempunyai pengetahuan tentang industri ini. Hanya selepas rakan-rakan saya berulang kali menggalakkan saya mencubanya barulah saya memutuskan untuk menerokainya.
Terus terang, rancangan Netflix Next in Fashion memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan pemodelan. Saya dapati menjadi kreativiti adalah sangat menawan bagi saya, dan saya percaya ‘modelling’ adalah cara terbaik untuk memupuk dan menonjolkan sisi kreatif saya.
BAGAIMANAKAH ANDA MENGURAIKAN GAYA PERIBADI ANDA? ADAKAH IA BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA?
Gaya peribadi saya sekarang cenderung kepada gaya yang bersih, selesa dan santai. Pada masa lalu, saya suka gabungkan gaya dengan warna-warna cerah ke dalam penggayaan saya dan saya juga melalui fasa di mana saya terobsesi dengan reka bentuk jalur menegak! Dari masa ke masa, gaya saya telah berkembang secara semula jadi dan sesuai dengan trend semasa sambil mengekalkan sedikit personaliti saya sendiri dalam penggayaan.
BAGAIMANAKAH ANDA SENTIASA ‘UPDATE’ DENGAN TREND DAN GAYA FESYEN TERKINI?
Terima kasih kepada algoritma media sosial dan majalah fesyen yang memastikan saya sentiasa dikemas kini untuk mengikuti aliran dan gaya terkini. Saya juga gemar menonton pertunjukan minggu fesyen dan MET Gala.
ADAKAH ADA SEBARANG TREND ATAU STAIL SPESIFIK YANG MEMBUATKAN ANDA RASA TERUJA ATAU AKAN MENJADI TREND TERBESAR DI MUSIM AKAN DATANG?
Baru-baru ini saya terjumpa blazer tanpa belakang untuk lelaki yang benar-benar menarik perhatian saya! Selain itu, saya pasti teruja untuk mencuba helah ‘pin keselamatan’, membolehkan saya menggayakan pakaian dengan pendekatan yang berbeza. Hmm… saya rasa jeans flared akan menjadi trend semula!
BOLEHKAN ANDA KONGSI TENTANG KERJA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Sudah pasti sewaktu penggambaran di Jepun tahun lepas-penggambaran perkahwinan di Niseko Village! Ia bukan hanya lokasi yang menakjubkan yang menjadikannya istimewa, tetapi juga pasukan yang bersama saya sangat luar biasa. Mempunyai kawan rapai di sisi saya untuk menjalani penggambaran di luar negara sememangnya satu rahmat dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
WHAT ADVICE WOULD YOU GIVE TO ASPIRING MODELS LOOKING TO GROW THEIR PRESENCE?
Ambil penolakan sebagai batu loncatan ke arah peluang yang lebih besar. Walaupun tampil baik memberi anda permulaan yang lebih baik, tetapi mengekalkan kejayaan memerlukan kemahiran utama seperti disiplin, pergaulan, ‘reading situations’, berdiri teguh, dan melindungi hak anda sebagai model.
IKON STAIL PILIHAN?
Daniel Simmons dan Harry Styles
PROJEK TERKINI?
Projek terbaru saya ialah kempen Fiziwoo Raya 2025. Masa berlalu! Sudah tiba musim penggambaran Raya!
SIAPA JENAMA ATAU PEREKA IMPIAN ANDA UNTUK BEKERJA SAMA?
Terdapat beberapa jenama dan pereka fesyen yang saya teringin untuk bekerja sama. Tetapi, Ralph Lauren dan Bottega Veneta semestinya dalam senarai teratas saya.
APA YANG ANDA INGIN CAPAI SEBELUM MENCAPAI USIA 30 TAHUN?
Saya ingin mencipta lebih banyak kandungan dan membina komuniti yang menggalakkan gaya hidup sihat, bersama-sama dengan idea pakaian. Berpakaian yang baik adalah penting, tetapi mempunyai minda dan badan sihat adalah lebih penting, kerana saya percaya bahawa kecantikan sebenar datang dari dalam!
Selain itu, saya merancang untuk memulakan saluran YouTube untuk mendokumentasikan perjalanan dan gaya hidup saya. Saya ingin mencipta video panjang yang merakamkan detik-detik itu dan berkongsi perjalanan saya seperti diari untuk diri masa depan saya.
Artikel berkaitan: ZACHARY PUUNG, “I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MALHAMKA, PEMUZIK ERA BAHARU YANG MULA MENCIPTA NAMA
Malhamka cukup popular dengan lagu viral ‘Terang Malam’. Kenali penyanyi muda ini melalui impian dan cita rasa fesyennya.
LEVI’S® MENYATUKAN MUZIK DAN FESYEN SEMPENA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025
Road to FAM yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mei lepas berlangsung meriah! Kami berpeluang mendekati koleksi asas Levi’s® musim bunga/panas 2025, sambil menonton persembahan memukau rapper ZAMAERA. Levi’s® dan 88rising, sebuah kolektif muzik global, telah melancarkan Road to FAM, iaitu satu siri muzik yang akan menjelajah Singapura, Jakarta, Manila dan Kuala Lumpur sepanjang…
MET GALA 2025: WANITA MENDOMINASI TEMA MASKULIN
Ketahui bagaimana wanita mendominasi pentas karpet merah Met Gala 2025 dengan gaya tailored penuh statement.
PASANGAN MET GALA 2025 HANGAT DI KARPET MERAH
Met Gala 2025 kembali memukau dunia dengan kemewahan, gaya, dan tentu saja, chemistry pasangan hangat yang mencuri perhatian di karpet merah.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.
MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN
Met Gala dipenuhi dengan gaya-gaya ikonik setiap tahun, yang tidak pernah mengecewakan peminat fesyen seluruh dunia.