Skip to content

GENERASI GL: "BAGI SAYA, FESYEN MERENTASI MASA, USIA DAN BUDAYA." - RAFAEL

GENERASI GL: “BAGI SAYA, FESYEN MERENTASI MASA, USIA DAN BUDAYA.” – RAFAEL

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama model, Rafael

Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pengarah, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Rafael semestinya menjadi kegemaran GLAM Lelaki. Wajahnya sentiasa di lembaran fesyen isu cetakan GLAM Lelaki, sejak Mac tahun lepas. Kini tampil lebih ikonik, Rafael menjadi salah seorang wajah yang menghiasi lembaran personaliti, Generasi GL. Wajah kacak dan keunikkan dirinya menjadikannya kegemaran kebanyakkan jenama fesyen.

Generasi GL Rafael

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial?  

Pada pendapat saya, persaingan antara Generasi Z dan Milenial sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang sihat jika ia datang daripada rasa ingin belajar dan berkembang. Bagi saya, kedua-dua generasi ini juga saling memerlukan dan memainkan peranan yang berbeza. 

#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?

⁠Perkara yang paling saya hargai tentang kehidupan pada tahun 2026 ialah kebebasan untuk menjadi diri sendiri tanpa perlu memenuhi kehendak orang lain. 

#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?

Bagi saya, “muda” bukan tentang usia semata-mata. Tetapi, ia tentang cara seseorang itu berfikir. Ia ialah satu keinginan untuk terus belajar, mencuba, dan percaya bahawa ‘the right time will come in the right place’.

#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah? 

Ya, ada kalanya saya rasa seolah-olah saya berada dalam generasi yang salah. Terutamanya apabila nilai dan minat saya berbeza daripada orang sekeliling. Tetapi lama-kelamaan, saya sedar bahawa perasaan itu hanyalah tanda bahawa saya sedang mencari identiti saya sendiri.

#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?

⁠Saya percaya bahawa fesyen tidak mempunyai sempadan generasi. Ia merentasi masa, usia dan budaya. Apa yang penting ialah bagaimana seseorang mengekspresikan keyakinan dirinya.

Pautan berkaitan: GENERASI GL: “UNTUK SAYA, FESYEN TIDAK MENGENALI USIA.” – ICYY

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GENERASI GL: "UNTUK SAYA, FESYEN TIDAK MENGENALI USIA." - ICYY

GENERASI GL: “UNTUK SAYA, FESYEN TIDAK MENGENALI USIA.” – ICYY

Bacaan Lanjut
GENERASI GL: "MILENIAL LEBIH KEPADA BAWA PENGALAMAN & GENERASI Z MEMBAWA PERSPEKTIF BAHARU." SHAFFUAN

GENERASI GL: “MILENIAL MEMBAWA LEBIH PENGALAMAN & GENERASI Z PULA MEMBAWA PERSPEKTIF BAHARU,” SHAFFUAN

Bacaan Lanjut
GENERASI GL: "TREND SENTIASA BERUBAH, TETAPI GAYA ITU SENDIRI SERING BERULANG." - SHAUN

GENERASI GL: “TREND SENTIASA BERUBAH, TETAPI GAYA ITU SENDIRI SERING BERULANG,” SHAUN

Bacaan Lanjut

5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH

Bacaan Lanjut

“WILL YOU MARRY ME?” SYED SADDIQ MELAMAR BELLA ASTILLAH DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Bacaan Lanjut
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BAKAL MELANGSUNGKAN MAJLIS BERTUNANG

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026

Bacaan Lanjut