Skip to content

GENERASI GL: "BELLA DIKELILINGI GOLONGAN YANG LEBIH BERUSIA DAN IA MENJADI IMPAK DALAM CARA BELLA BERFIKIR." - BELLA DOWANNA

GENERASI GL: “BELLA DIKELILINGI GOLONGAN YANG LEBIH BERUSIA DAN IA MENJADI IMPAK DALAM CARA BELLA BERFIKIR.” – BELLA DOWANNA

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama pelakon Bella Dowanna. 

Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Sudah mula berlakon sejak kecil, Bella Dowanna mengembangkan lagi namanya sebagai pelakon wanita di Malaysia. Hampir 17 tahun gadis cantik ini meletakkan namanya dalam dunia lakonan tempatan. Pengalaman Bella Dowanna yang bukan biasa-biasa menjadikannya salah seorang Generasi GL yang dipilih oleh kami. 

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial? 

Bagi Bella, kita boleh pandang situasi ini dari sudut yang positif. Ia merupakan satu peluang yang terjadi, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara dua generasi yang berbeza. Bagi Bella, ia merupakan satu  bentuk persaingan yang sihat. Banyak pendapat serta pengalaman yang berbeza dapat dikongsikan. Betul, kita sangat memerlukan satu sama lain untuk mencipta komuniti yang lebih besar, lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan.

#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?

Masa dan waktu. Bella belajar untuk lebih menghargai masa daripada segalanya. Saya tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi dalam masa yang akan datang. Pelbagai perkara boleh terjadi. Jadi, hargailah masa anda bersama orang-orang tersayang.

#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?

Bagi Bella, usia dan cara pemikiran. Alhamdulillah, sejak memulakan karier Bella dikelilingi golongan yang lebih berusia dan ia menjadi impak dalam cara Bella berfikir. Lebih matang, dan pembawakan saya lebih berusia dari umur. Hahaha, itu yang sering saya dengar dari orang lain mengenai saya.

#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah? 

Tidak. Kerana Bella selalu percaya dengan proses. Segalanya memerlukan proses dan perjalanan setiap orang berbeza. Rezeki boleh berada di mana-mana sahaja.

#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?

Pada pendapat Bella, tidak. Ia bergantung kepada cara setiap individu dalam penggayaan dan pentafsiran. Fesyen akan sentiasa berubah lebih-lebih lagi apabila kita dapat lihat gaya lama yang menjadi trend semula. Yang saya boleh katakan, ia merupakan satu kitaran. Bagi Bella, selagi seseorang itu selesa dengan fesyen yang digayakan, umur dan masa bukanlah penghalang. 

Pautan berkaitan: GENERASI GL: “SAYA MELIHAT PERSAINGAN GENERASI SEBAGAI SATU PERBUALAN BUDAYA DARIPADA SATU PERSAINGAN.” – DANIEL FLEISCHER

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GENERASI GL: "SAYA MELIHAT PERSAINGAN GENERASI SEBAGAI SATU PERBUALAN BUDAYA DARIPADA SATU PERSAINGAN." - DANIEL FLEISCHER

GENERASI GL: “SAYA MELIHAT PERSAINGAN GENERASI SEBAGAI SATU PERBUALAN BUDAYA DARIPADA SATU PERSAINGAN.” – DANIEL FLEISCHER

Bacaan Lanjut
kuyin kamaruddin runner

HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”

Bacaan Lanjut
putera adam

HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”

Bacaan Lanjut
MUSLIM MET GALA — GAYA HARI RAYA SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI

MUSLIM MET GALA — GAYA HARI RAYA SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut
kimi noordin

HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”

Bacaan Lanjut