Skip to content

GENERASI GL: "GEN Z DAN MILENIAL BUKAN PERSAINGAN, LEBIH KEPADA KETEGANGAN BUDAYA." - JANSEN

GENERASI GL: “GEN Z DAN MILENIAL BUKAN PERSAINGAN, LEBIH KEPADA KETEGANGAN BUDAYA.” – JANSEN

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama model dan pempengaruh Jansen. 

Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pengarah, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Jansen, salah seorang pempengaruh berbangsa Cina yang menjadi kegemaran penggemar fesyen di Malaysia. Dengan wajah kacak dan ketinggian sempurna, pengaruh Jansen dalam dunia fesyen juga besar. Kolaborasinya bersama jenama-jenama ternama fesyen turut menjadi perhatian, menjadikan Jansen salah seorang wajah Generasi GL.

generasi gl jansen

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial?  

Saya tidak bersetuju bahawa ini berkaitan dengan persaingan, sebaliknya lebih kepada ketegangan budaya. Saya percaya ia merupakan satu pertukaran yang sihat. Generasi Z membuka jalan dengan mencabar norma masyarakat, yang turut memberi inspirasi kepada Milenial untuk menolak batasan mereka sendiri demi menyesuaikan diri dengan sumber yang sentiasa berubah. Dalam masa yang sama, kita juga menghargai pengalaman mereka yang melalui realiti kehidupan sebelum era media sosial.

#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?

Saya menghargai perkembangan negara kita, melihat sejauh mana kita telah melangkah dalam memperkukuh ekonomi dan kerajaan demi membina Malaysia yang lebih kuat dan lebih baik.

#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?

Ia sememangnya soal minda. Kita yang menentukan siapa diri kita, tanpa mengira usia. Cara kita berfikir dan membentuk kehidupan bergantung sepenuhnya pada pilihan yang kita buat dalam hidup.

#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah? 

Ya, pengalaman mendengar muzik lama yang vintaj dan menonton filem klasik sering membanjiri saya dengan rasa nostalgia, membuatkan saya berharap dapat hidup dalam zaman yang lebih sederhana, ketika seni dihasilkan dengan tujuan dan niat yang jelas untuk merevolusikan era moden.

#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?

Saya percaya bahawa fesyen bergerak merentas generasi dan tidak pernah statik. Ia sentiasa berubah melangkaui usia dan masa. Fesyen sentiasa berkembang, terhasil daripada warisan masa lalu dengan sentuhan pemberontakan, namun tetap setia kepada elemen klasik sambil menggabungkan yang baharu untuk mencipta sesuatu yang kekal abadi.

Pautan berkaitan: GENERASI GL: “BAGI SAYA, FESYEN MERENTASI MASA, USIA DAN BUDAYA.” – RAFAEL

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025

Bacaan Lanjut
RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI

RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut