Skip to content

GENERASI GL: "MILENIAL LEBIH KEPADA BAWA PENGALAMAN & GENERASI Z MEMBAWA PERSPEKTIF BAHARU." SHAFFUAN

GENERASI GL: “MILENIAL LEBIH KEPADA BAWA PENGALAMAN & GENERASI Z MEMBAWA PERSPEKTIF BAHARU.” SHAFFUAN

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama pengarah muda, Shaffuan. 

Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pengarah, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Muhammad Shaffuan,  satu nama yang besar dalam dunia kreatif. Dengan bakatnya sebagai seorang pengarah muda, Shaffuan turut menjadi idola anak-anak muda sekarang. Sudah hampir 10 tahun Shaffuan menceburi bidang perfileman. Antara karyanya yang menjadi penantian sekarang ialah  Astro Shaw Cinematic Universe: The Beginning. Dengan pengaruhnya dalam dunia perfileman, dia memang individu yang layak mewakili wajah Generasi GL.

generasi gl shaffuan

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial?  

Bagi saya, ia tidak sepatutnya menjadi satu persaingan. Jika sihat, ia boleh jadi pertukaran idea. Milenial lebih kepada bawa pengalaman & Generasi Z membawa perspektif baharu. Tetapi apabila kedua-dua mula saling merendahkan, itu yang akan menjadi toksik. Hakikatnya, dua-dua generasi saling melengkapi, bukan berlawan.

#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?

Pilihan. Kita ada lebih banyak kebebasan untuk menentukan cara hidup sendiri. Contohnya kerjaya, gaya, bahkan identiti. Zaman dahulu mungkin mengikut jalan yang sudah ditetapkan, sekarang kita boleh cipta atau tulis cerita hidup kita sendiri.

#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?

Bagi saya, muda bukanlah boleh diukur menerusi angka. Ia mindset. Kalau masih ingin belajar, berani cuba benda baru & tak takut dengan perubahan, itulah definisi muda bagi saya. Umur hanyalah sekadar nombor, tetapi tenaga datang daripada cara berfikir.

#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah? 

Kadang-kadang, ya. Ada masa saya rasa old-school, ada masa saya rasa saya terlalu moden. Tetapi, sebenarnya itulah yang seronok. Kita boleh ambil yang terbaik daripada setiap generasi serta belajar untuk menyesuaikan diri dengan cara yang lebih matang.

#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?

Pada pandangan saya, tidak. Fesyen merupakan satu cara untuk mengekspresi diri. Tidak perlu mengikut umur. Kalau kita selesa dan yakin, apa pun boleh nampak relevan. Gaya yang paling ‘in’ dan penting sebenarnya adalah keyakinan diri. 

Pautan berkaitan: GENERASI GL: “BELLA DIKELILINGI GOLONGAN YANG LEBIH BERUSIA DAN IA MENJADI IMPAK DALAM CARA BELLA BERFIKIR.” – BELLA DOWANNA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GENERASI GL: "TREND SENTIASA BERUBAH, TETAPI GAYA ITU SENDIRI SERING BERULANG." - SHAUN

GENERASI GL: “TREND SENTIASA BERUBAH, TETAPI GAYA ITU SENDIRI SERING BERULANG.” – SHAUN

Bacaan Lanjut

5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH

Bacaan Lanjut

“WILL YOU MARRY ME?” SYED SADDIQ MELAMAR BELLA ASTILLAH DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Bacaan Lanjut
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BAKAL MELANGSUNGKAN MAJLIS BERTUNANG

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026

Bacaan Lanjut
bella astillah

5 SEBAB YB SYED SADDIQ SEORANG IKON MASA KINI

Bacaan Lanjut

#THROWBACK GAMBAR PHOTOSHOOT SYED SADDIQ BERSAMA GLAM LELAKI (2017 & 2018)

Bacaan Lanjut